Thursday, 26 May 2016

Majlis Pelancaran Jentera PRK Kuala Kangsar "SEMUA DIJEMPUT HADIR"...AMANAH kemuka dua nama calon PRK kepada PH.

Khamis, 26 Mei 2016
Majlis Pelancaran Jentera PRK Kuala Kangsar
++SEMUA DIJEMPUT HADIR++
Timbalan Ketua Pemuda Nasional, Peguam Faiz Dato' Fadzil Noor bermalam di Pejabat Amanah Parlimen Kuala Kangsar. Beliau sampai ke pejabat jam 3.00 pagi tadi.

AMANAH kemuka dua nama calon PRK kepada HARAPAN


Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad berkata parti itu telah mengemukakan dua nama calon untuk bertanding dalam pilihan raya kecil parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Bercakap kepada pemberita di parlimen hari ini, Khalid berkata dua nama berkenaan telah diserahkan ketika mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) yang diadakan hari ini.
Beliau juga memaklumkan Pakatan Harapan dijangka mengumumkan calon bagi dua kerusi itu selewatnya pada 1 Jun.
"Kita beri hujah kenapa perlu AMANAH jadi calon. Baru hari ni kita kemukakan nama calon.
"Apa yang kita kemukakan akan dikaji secara muktamad bersama nama calon yang kita kemukakan dan ia akan diumumkan pada 1 Jun.
"Selewatnya 1 Jun. Kita cadang dan dua-dua parti (PKR dan DAP) akan buat pertimbangan khusus oleh kerana PAS dan PKR ada dalam kerajaan negeri dan kena kaji sudut itu juga macam mana ia nak dilakukan," katanya.
Sementara itu ketika ditanya sama ada Datuk Seri Azmin Ali yang juga menteri besar Selangor akan menerima calon yang dikemukakan AMANAH, Khalid menyerahkan perkara itu kepada PKR.
Bagaimanapun, Khalid yang merupakan anggota parlimen Shah Alam itu positif bahawa senarai calon parti itu akan diterima dan pilihan raya kecil pada 18 Jun akan berdepan pertandingan tiga penjuru.
"Apa yang kita bentangkan tadi telah dibahas dan kita memahami masalah Selangor.
"Kita tak boleh tunggu dia (Azmin) balik sebab perkara untuk kemukakan calon ni tak memerlukan Azmin. Cuma untuk keputusan muktamad kita memerlukan dia.
"Dan memang akan jadi pertandingan tiga penjuru, insha Allah," katanya lagi.
Sebelum ini, PKR didakwa mengadakan rundingan bersama PAS dalam isu meletakkan calon di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena