Monday, 16 May 2016

PRK: Jika PAS mengharapkan Melayu semata-mata, mereka boleh meneruskan angan-angan kosong, gigit jari, & kalah PRK lagi.

Isnin, 16 Mei 2016
Page Liked · 2 hrs

Inilah yg sebenarnya berlaku dalam BANI UMNO berkiblatkan parti HARAM-UMNO yg telah diharamkan 28 tahun yg lalu..

Lebih suka cari redha tuan UMNO berbanding cari redha ALLAH S.W.T !!!.. Sama2 renungkan
...
PAS akan kalah di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar kerana senario politik sudah berubah
pru13
PAS tidak wajar guna keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu sebagai alasan untuk mereka bertanding dalam dua pilihan raya kecil (PRK) kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kerana senario politik yang sudah berubah dan tidak lagi sama sekarang.
Parti Islam tersebut mungkin terlupa pada 2013 mereka bersama Pakatan Rakyat dalam melawan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan bukan bersendirian, hakikatnya PKR dan DAP yang banyak membantu kempen mereka.
Jik PAS mahu menggunakan hujah dangkal dengan menjadikan alasan majoriti rendah diperoleh calon BN sebagai justifikasi untuk bertanding, maka mereka juga kena bersiap-sedia untuk tewas teruk dalam PRK Jun ini.
Lebai-lebai menggunakan modal agama ini terlalu bongkak dan angkuh dengan mendabik dada seolah-olah mereka sahaja yang berkempen dalam PRU13, walhal tanpa kelibat pemidato hebat PKR dan DAP masakan mereka boleh mendapat jumlah kerusi Parlimen yang banyak seperti sekarang.
Mengapa Pas akan kalah teruk di dua kawasan ini? Tidak susah untuk kita meramalkan apa yang akan berlaku, mengikut pecahan kaum ada 31 peratus pengundi Cina dan 2 peratus India di Sungai Besar manakala di Kuala Kangsar 24 peratus Cina dan 7 peratus India.
Jumlah peratusan pengundi bukan Melayu yang tinggi ini akan menjadi penyumbang utama kepada kekalahan PAS, sikap PAS yang cenderung duduk bersama Umno dan sering mengampu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menambah kebencian bukan Melayu kepada PAS.
PAS juga dilihat menjadi duri dalam daging kepada perpecahan Pakatan Rakyat kerana memainkan isu Hudud sehingga menyebabkan kesepakatan antara DAP dan PKR berkecai hingga akhirnya gabungan pembangkang tersebut hancur.
Walaupun sudah berpecah, PAS sehingga hari ini masih tidak melaksanakan lagi undang-undang Islam yang mereka perjuangkan dan janji-janji kerajaan pusat yang ditaburkan kepada mereka pada awal dahulu juga tidak lagi kedengaran, pendek kata PAS sekali ditipu dan mereka juga menipu rakan-rakan komponen dalam Pakatan Rakyat.
Seperkara lagi, PAS mungkin mengharapkan sokongan pengundi Melayu di kedua-dua kawasan, namun ia agak mustahil kerana pastinya undi kaum Melayu akan berpecah, ditambah pula jika Parti Amanah Negara atau PKR mengambil keputusan untuk bertanding.
Jika PAS mengharapkan sokongan orang Melayu semata-mata, mereka boleh meneruskan angan-angan kosong tersebut dan terus menggigit jari kalah lagi dalam PRK kali ini.
Kekalahan mungkin tidak jadi satu perkara besar buat PAS kerana mereka tidak beriman dengan pilihan raya, tapi mereka terlupa pilihan raya adalah medan untuk rakyat menuntut hak mereka yang selama ini tertindas atau dilupakan oleh pemerintah.
Bagi PAS, mungkin sudah cukup dengan balak dan kereta besar yang mereka beli apabila jadi wakil rakyat, kemudiaan berbaju sama dengan Najib duduk mengampu dan membodek seorang pemimpin yang terpalit dengan pelbagai salah laku.
Malah, PAS juga jarang sekali membangkitkan isu rakyat seperti salahguna 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan soal wang derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib, malah mereka juga mempertahankan perdana menteri daripada sebarang skandal.
Apa yang menyebabkan PAS fikir orang Melayu terpelajar dan pertengahan tidak menolak mereka?
Dalam dua PRK kali ini, sentimen sebenar rakyat akan terzahir dan jika PAS tetap mahu bertanding dipersilakan kerana rakyat akan mentertawakan kekalahan kamu seperti mana kesilapan yang dilakukan di Sarawak.
Ouh, tidak mengapa, bukankah PAS tidak beriman dengan pilihan raya jadi kenapa mereka mahu bertanding?
Mungkin mereka mahu kumpul lebih banyak Vellfire atau kereta BMW hendak dibawa ke syurga? – 16 Mei, 2016.
The Malaysian Mirror

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena