Perbicaraan peringkat penghujahan plaintif dan defendan dalam kes saman Dato' Seri Salleh Ismail/NFC terhadap saya berakhir semalam. Hujah utama yang cuba dibawa oleh peguam NFC, Tan Sri Shafee Abdullah ialah kononnya saya menyerang Dato' Seri Shahrizat Jalil untuk mendapat keuntungan peribadi termasuk menjadi calon dalam pilihanraya.
Saya jawab sebenarnya sejak saya masuk politik saya makin rugi - bukan sahaja gajinya jauh lebih kecil sekarang berbanding dahulu, saya juga disaman dan dikenakan tuduhan jenayah yang boleh menyebabkan saya dipenjara.
Mereka dapat kondo dan lembu; saya susu lembu pun tak dapat!
Hari ini saya berada di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi perbicaraan kes saman Dato' Seri Salleh Ismail, Pengerusi NFC (suami Dato' Seri Shahrizat Jalil) terhadap saya berhubung pendedahan saya mengenai pembelian 8 unit kondominium di Ecocity (dan skandal NFC).
Skandal NFC adalah skandal penyelewengan wang rakyat yang pertama yang saya bongkar. Ia memuncak sekitar Oktober 2011 hinggalah perletakan jawatan Dato' Seri Shahrizat Jalil sekitar Mac 2012.
(Arkib keseluruhan skandal NFC boleh dicapai di
http://rafiziramli.com/category/skandal-nfc/)
http://rafiziramli.com/category/skandal-nfc/)
Kini tahun 2016 sudah masuk 5 tahun skandal ini dibongkar. Kes saman terhadap saya terus berlanjutan dan kes jenayah (di bawah BAFIA) juga berterusan mungkin sehingga 2018. Kes saman yang difailkan oleh Dato' Seri Shahrizat Jalil ditarik balik oleh beliau sendiri.
Hakikatnya selepas sesuatu skandal itu dibongkar, jurubongkar seperti saya akan melalui proses mahkamah yang bertahun-tahun lamanya walaupun skandal itu telah dilupakan rakyat. Ia menyebabkan kerugian masa dan wang ringgit yang besar.
Oleh sebab itu, saya faham bahawa tugas ini tidaklah wajar dibuat oleh ramai orang. Memadai beberapa orang seperti saya Tony Pua Akmal Nasir dan National Oversight & Whistleblowers (NOW) menumpukan kepada pembongkaran sementara pimpinan PH yang lain tumpu kepada perkara-perkara lain.
Ini menjawab tohmahan kononnya saya "tamak" dan hanya membolot semua skandal tanpa dikongsi dengan pimpinan lain.
Cuma yang saya terkilan ialah tugas menjaga wang rakyat ini sebenarnya boleh dilaksanakan dengan lebih mudah dan cekap oleh Pemuda Umno. Mereka tidak akan disaman atau didakwa di mahkamah. Mereka boleh bawa ini terus ke Jemaah Menteri atau pimpinan Umno.
Tetapi itu bukan budaya mereka, malah berdebat pun mereka tidak berani. Saya senyum sinis bila terjumpa surat ini. Sehingga sekarangKhairy Jamaluddin tidak berani berdebat mengenai NFC.
Kini banyak lagi isu-isu rakyat yang perlu pembelaan. Saya akan terus cucuk Pemuda Umno berdebat untuk menguji sejauh mana berani panglima-panglima Umno ini.
Ini ada sedikit cerita pasal lembu. Bosan tiap-tiap hari pasal #pang5islamNajib Razak
DARI MAHKAMAH SEMALAM
(laporan www.malaysiakini.com)
(laporan www.malaysiakini.com)
Pengerusi National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail hari ini mendedahkan bahawa deposit tetap RM86 juta dari wang pinjaman RM250 juta syarikat itu masih dibekukan oleh mahkamah.
Beliau mempersalahkan pembekuan akaun bank di CIMB, Maybank dan Public Bank disebabkan oleh pendedahan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berhubung akaun Public Bank pada Mac 2012.
Salleh berkata demikian ketika memberi keterangan dalam saman fitnahnya terhadap Rafizi dan Mkini Dotcom Sdn Bhd.
Menjawab soalan daripada peguam Ranjit Singh yang mewakili Rafizi, Salleh berkata sebahagian tunai telah dikembalikan kepada syarikat itu selepas 7 Mac 2012.
"Deposit tetap RM86 juta kami masih dibekukan di CIMB, Maybank dan Public Bank akibat daripada kenyataan pembangkang. Pinjaman ini dibuat oleh NFC," katanya.
Ranjit: Apakah pembekuan aset itu akibat daripada pendedahan anak guam saya berhubung akaun Public Bank?
Salleh: Ya.
Ranjit: Berapa banyak dibekukan?
Salleh: RM86 juta.
Ranjit: Adakah penyitaan itu kerana beberapa pembelian kondominium termasuk di One Menerung, Bangsar?
Salleh: Tiada kaitan.
Bos NFC itu mempertahankan kenyataan bahawa Rafizi adalah punca utama bagi kerugian syarikat berkenaan dan punca masalah apabila dakwaan bahawa ia berkaitan dengan syarikat keluarga (Ketua Wanita Umno) Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
"Namun, seperti yang anda lihat, Shahrizat tidak memiliki sebarang saham dalam NFC atau syarikat-syarikat lain. Itulah bagaimana kemudaratan pelanggan anda (kepada kami)," katanya.
Ranjit: Adakah anda bersetuju bahawa projek NFC itu sendiri menerima kritikan serius daripada BN dan pembangkang?
Salleh: Hanya pembangkang.
Ranjit: Sesetengah anggota kanan BN begitu kritikal termasuk Datuk Bung Moktar (Raden) dan Tun Dr Mahathir Mohamad, bersama-sama dengan Datuk Seri Ghapur Salleh (MP Kinabatangan), (Ketua Umno Bahagian Cheras) Datuk Syed Ali Syed Al Habshi dan Datuk Kamilia (Ibrahim) (bekas timbalan Shahrizat ).
Salleh: Ia hanya apabila pembangkang membangkitkan geran RM73.6 juta dan mengaitkannya dengan isteri saya dengan berkata bahawa ia adalah syarikat keluarga Shahrizat. Mereka terus menyerang Shahrizat. Ini bukan mengenai isteri saya. Perniagaan ini milik syarikat saya dan keluarga saya.
Saya jelaskan kepada Mahathir bahawa Shahrizat tidak ada kena mengena dan dia menerimanya dan tidak membuat ulasan lanjut. Syed Ali kemudian meminta maaf. Jika Rafizi mahu serang saya, serang saya hari ini.
Ranjit: Jika anda lihat komen yang dibuat oleh Syed Ali, Bung Moktar, Rafidah Aziz dan Kamilia, semua mereka mengkritik isu NFC.
Salleh: Ini adalah manipulasi oleh anak guam anda, apa yang Ketua Audit Negara kata bukan NFC tetapi projek National Feedlot.
Ranjit: Adakah anda bersetuju bahawa kebanyakan kritikan adalah kerana dakwaan tertentu wang pinjaman kerajaan disalurkan kepada National Meatwork Livestock Corporation digunakan untuk membeli kondominium di One Menerung atau di tempat lain?
Salleh: Itu adalah bagaimana kemudaratan anak guam anda. Ramai yang telah tertipu olehnya yang mengaitkannya dengan isteri saya.
0 comments:
Post a Comment