Wednesday, 18 May 2016

[Video] Mengaku ulama *Tiada pulak kena Penjara* & "Kita tak boleh terima BN lagi" YB Ronnie harap AMANAH wakili PH.

Khamis, 19 Mei 2016


Mesyuarat gerak gempur pilihanraya Pemuda Parlimen Sungai Besar antara Pengurusan Pemuda Nasional dan Pengurusan Pemuda Selangor.

Semakin Ramai Mahukan AMANAH Bertanding Di PRK Sg Besar & Kuala Kangsar


Parti Amanah Negara (AMANAH) menerima sokongan dari pelbagi pihak untuk bertanding di kedua-dua PRK, Sungai Besar dan Kuala Kangsar. 

Di dalam satu sidang media di Kapar hari ini, Jawatankuasa Perhubungan DAP bagi parlimen Kapar dan Shah Alam bersama-sama dengan pemimpin AMANAH telah mempersetujui dan memberi sokongan penuh agar AMANAH diberi mandat untuk bertanding di kedua-dua PRK berkenaan mewakili Pakatan Harapan 

Kelmarin, di dalam Pidato Mesra Bersama Pemimpin AMANAH di Sabak Bernam, ADUN Pandamaran, YB Ronnie Liu turut menyuarakan perkara yang sama dimana beliau menyatakan sokongan dan harapannya agar AMANAH akan dipilih sebagai calon PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. 

Dicatat oleh 



MohamadSabu Official
20 hrsSungai Petani

Jalan Yang Ditempuh Oleh Ulama-Ulama dahulu.

Seorg rakan menghantar tulisan ini. Saya rasa amat baik utk renungan kita bersama. Saya siarkan dgn sedikit editing.
Jalan Yang Ditempuh Oleh Ulama-Ulama dahulu dalam menegakkan Agama Islam.
Imam Syafie
- Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.
Imam Hanafi
– Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah.
Imam Maliki
- Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.
Imam Hambali
- Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.
Sufyan Ath-Thauri
- Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.
Said bin Jubair
- Seorang wali Allah yang dikasihi. Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.
Abu Yazid Al Bustami
- Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.
Abul Husin An Nuri
- Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.
Imam Nawawi
- Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh
pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.
Semoga Allah SWT merahmati roh mereka.
Cuma yg kita hairan melihat skrg adalah yg mengaku Ulama bahkan mengaku dari kumpulan Islam *Tiada pulak kena Penjara* atau pernah kena penjara sedangkan yg Tidak Mengaku Ulama bahkan bukan dari kumpulan yg mengaku memperjuangkan Islam pulak yg kena penjara bahkan masih di penjara...
Lebih menghairankan org2 dari kumpulan yg dilabel *bukan Islam* spt LKS, LGE, Karpal Singh, Hishamudin Rais dll pulak yg kena penjara/ISA/ kerana memperjuangkan Kebenaran...

1 comments:

Unknown said...

Alhamdulillah, ulasan terbaik sejak saya kenal weblog dan fb.
Kami yang tak berkopiah inilah yang dulu selalu disimbah water cannon dan dibelasah tapi kini kamilah penderhaka agama.
Kami inilah yang dulu berhabis tenaga bersengkang mata membantu, kini kami dikata pemecah jamaah Islam.
Tikamana sang serban dan sang jubah berangan-angan menang di kedai kopi, kami yang menjelajah ceruk rantau pedalaman menyampaikan kebaikan, kendati sepatah dua ayat. Kini pak serban dan jubah inilah beserta adik-adik yang baru kenal sepak terajang dunia yang biadap mengutuk kami sebagai munafik.
Demi Allah perjuangang ini untuk Islam walau di mana pun dan level mana pun kami bekerja.
Salam untuk pejuang agama Allah. Hidup AMANAh..

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena