Tuesday 31 May 2016

[Video] Alamak, Dewan Pemuda PAS pulak 'Black Out'...Rafizi 'lapor SPRM'! Hubungan Azmin-Wan Azizah mungkin retak.

Rabu, 1 Jun 2016


Laporan SPRM: Hubungan Azmin-Wan Azizah Mungkin Retak


Rafizi Ramli ketika keluar dari bangunan SPRM, Isnin. -fotoTHESTAR
PETALING JAYA: Tindakan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli membuat laporan mengenai dakwaan rasuah dalam kerajaan Selangor yang diterajui oleh Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Azmin Ali berkemungkinan besar menyebabkan parti itu berdepan ancaman perpecahan.

Perselisihan dalam parti yang menyaksikan Azmin berada di satu pihak dan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di pihak yang lain sudah menjadi rahsia terbuka sebelum perkembangan terbaru ini.

Rafizi memasuki bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Malaysia sekitar tengah hari Isnin untuk mengemukakan maklumat mengenai individu tertentu, yang tidak dinamakannya, berhubung kerajaan negeri yang didakwa berurusan dengan rasuah.

Dr Wan Azizah, orang yang dilihat sejajar dengan Rafizi telah mengarahkan beliau untuk mengemukakan sebarang bukti dakwaan rasuah itu kepada SPRM.
Dakwaan itu pertama kali muncul dalam mesej kumpulan WhatsApp ahli PKR yang kemudiannya bocor ke pengetahuan umum.

Rafizi kemudian mengesahkan bahawa dia telah menulis mesej tersebut.

Dalam satu kenyataan pada 20 Mei mengenai dakwaan Rafizi itu, Azmin telah mengecam dakwaan itu, menyatakan bahawa beliau tidak mengemukakan bukti.

Tuduhan itu katanya merupakan sebahagian daripada kempen terancang untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri.

Pada Isnin, Menteri Besar Selangor tidak menghadiri beberapa majlis yang dijadualkan dan enggan memberikan kenyataan sebagai respons kepada langkah terbaru Rafizi yang melaporkan dakwaan rasuah kepada SPRM.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago (DAP) berkata sebarang perbalahan dalam parti itu tidak akan memberi kesan kepada pilihan raya kecil (PRK) akan datang.

"Nampaknya perbalahan dalaman sebahagian besarnya adalah dalam PKR. Memandangkan Amanah bertanding di Sungai Besar, kesannya adalah kecil," katanya.

Rafizi sendiri enggan mengulas lanjut lanjut mengenai aduannya.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa adalah 'jarang-jarang' untuk seorang pemimpin kanan parti membuat laporan terhadap ahli parti sendiri tetapi menegaskan bahawa 'ia sepatutnya dibuat dengan cara itu'.
Mstar.


Masalah teknikal menyebabkan Muktamar Pemuda PAS yang berlangsung di KTC terpaksa ditangguhkan.

KOTA BARU: Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-57 yang memasuki hari kedua dihentikan seketika berikutan gangguan bekalan elektrik di dewan utama Kelantan Trade Centre (KTC) di sini, Rabu.
Insiden berlaku pada kira-kira 12.10 tengah hari semasa ucapan wakil Turki, Fatih Ayden.
Difahamkan, ia berpunca daripada masalah teknikal yang menyebabkan sesi perbahasan terpaksa ditangguhkan.
Hanya selepas lebih 10 minit, wakil Pemuda PAS di pentas membuat pengumuman kepada perwakilan supaya menikmati makan tengah hari sementara menunggu masalah itu selesai.
"Kita menghentikan sesi perbahasan. Perwakilan boleh menikmati makan tengah hari.
"Kita perlu berhenti kerana masalah teknikal. Kita akan bersambung semula pada pukul 1.45 petang," katanya.
Mstar

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena