Sunday 20 January 2019

[Video Tok Mat, jangan main isu perkauman] Manogaran rayu BN henti kenyataan rasis dalam PRK Cameron Highlands & Chef Wan mohon maaf pada Najib kerana 'terlepas cakap'.

Isnin, 21 Januari 2019
「Gambar PRK Cameron Highlands」的圖片搜尋結果
Tidak berbaloi untuk memecah-belahkan perpaduan rakyat semata-mata kerana terlampau ghairah untuk memenangi pilihan raya.

Manogaran rayu BN henti kenyataan rasis dalam PRK Cameron Highlands

Calon PH bagi PRK Cameron Highlands, M Manogaran berkata, para pemimpin kanan BN perlu bersikap sederhana kerana mereka juga ada parti kaum India dan Cina sebagai parti komponen.
TANAH RATA: Kempen pilihan raya yang singkat tidak sepatutnya digunakan untuk membangkitkan isu perkauman, tegas calon Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya kecil Cameron Highlands, M Manogaran.
Menurut beliau, tidak berbaloi untuk memecah-belahkan perpaduan rakyat semata-mata kerana terlampau ghairah untuk memenangi pilihan raya.
“Untuk tujuan menang PRK ini jangan jadi ekstrem sebegitu rupa, janganlah main isu perkauman,” katanya kepada pemberita ketika menziarahi Kuil Sri Subramanier bersempena perayaan Thaipusam di Ringlet dekat sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hassan ketika ceramahnya di Sungai Koyan semalam yang antara lain dilaporkan mendakwa Malaysia di bawah pentadbiran PH menyaksikan orang Melayu dan Islam diperlekehkan.
Mohamad yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan dilapor menyifatkan DAP sebagai “musuh” yang “tiada perasaan belas ihsan terhadap orang Melayu dan agama Islam”.
Mengulas lanjut, Manogaran yang juga timbalan pengerusi DAP Pahang berkata, Mohamad sebagai seorang pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) sepatutnya menjadi contoh kepada semua masyarakat.
Katanya, isu yang dibangkitkan beliau adalah contoh yang sangat tidak elok kepada generasi muda, bagi sebuah negara berbilang bangsa.
“Saya menggesa para pemimpin kanan BN supaya bersikap sederhana kerana anda juga ada parti kaum India dan Cina sebagai parti komponen.
“Saya dengan rendah diri memohon supaya segera berhenti daripada memainkan isu perkauman,” katanya.
FMT.

Chef Wan mohon maaf pada Najib kerana 'terlepas cakap'

Chef Wan hari ini mengaku terlepas cakap berhubung kenyataannya yang berkata mahu menampar muka bekas perdana menteri Najib Razak.
Dalam kenyataan di Instagram yang mempunyai 500,000 pengikut, cef selebriti itu memohon maaf secara terbuka kepada Najib dan menjelaskan beliau berkata demikian kerana emosi.
"Kepada Najib, pagi ini saya memohon maaf secara terbuka kerana bahasa yang kasar yang saya telah gunakan sewaktu saya merasa amat marah.
mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena