Monday 28 January 2019

[Video Dr M pandu sendiri kereta menghadiri majlis rasmi k'jaan] Macam mana buaya tak ketawa...N24 Semenyih bola masih di kaki PH & Ramainya mahu PH KALAH di Semenyih?

Isnin, 28 Januari 2019
Macam mana buaya tak ketawa...Bila ada Menteri Sampah?
No photo description available.
Bila dapat Menteri cam ni awat tak kalah... 
No photo description available.
No photo description available.
Tumpang sekole.
N24 Semenyih 
Keputusan PRK N24 Semenyih akan memberi gambaran sentimen semasa yang bersifat kontemporari rakyat terhadap Kerajaan PH. Walaubagaimana pun ia masih belum cukup untuk memberi scenario keputusan PRU15 akan datang yang masih jauh. Ia amat bersifat sementara kerana bola masih dikaki PH yang masih menjadi kerajaan selepas daripada keputusan PRK tersebut. 
Pecahan pengundi mengikut kaum:
Melayu - 67.7% 
Cina - 16.7% 
India - 1.9% 
No photo description available.

RAMAINYA MAHU PH KALAH DI SEMENYIH.....

Walaupun PRK Semenyih akan berlangsung agak lama lagi, tetapi bahangnya sudah pun mula terasa sekarang ini.

Di mana-mana ketika ini semakin ramai yang bercakap mengenai pilihanraya kecil itu yang hanya akan berlangsung pada 2 Mac depan.

Apa yang menariknya, rata-rata yang mengulas atau bercakap mengenai pilihanraya kecil itu lebih mengharapkan PH kalah berbanding mencapai kemenangan.

Tidak saja mereka yang pro UMNO dan BN yang mengharapkan demikian, malah ramai daripada kalangan penyokong dan pengundi PH juga benar-benar berharap calon daripada Bersatu akan kecundang dalam pilihanraya itu nanti.

Tidak terkecuali yang turut berharap PH akan kalah ialah mereka yang  aktif dan memegang jawatan dalam Bersatu di peringkat bahagian-bahagian.

Kata mereka, hanya dengan kalahnya Bersatu di Semenyih saja diharapkan dapat menyedarkan pimpinan PH, termasuk Tun Mahathir Mohamad sendirinagar lebih prihatin dengan rakyat serta mengawal menteri-menterinya daripada bersikap sombong dan merapu.

Tambah mereka lagi, mungkin ada pimpinan sudah sedar diri berikutan kekalahan di Cameron Highlands baru-baru ini, namun melihat reaksi kebanyakan pemimpin-pemimpin PH yang mengulas mengenai kekalahan itu jelas mereka belum lagi terngadah walaupun dahi sudah tergantuk di palang pintu.

Dengan yang demikian, kekalahan di Semenyih adalah perlu dan wajib untuk menyedarkan semua yang sudah lupa diri itu.

Terdapat juga kalangan mereka yang aktif dalam Bersatu bersikap lebih lantang lagi dengan mengatakan, jika sebelum ini mereka bertungkus-lumus menumbangkan Najib Razak, UMNO dan BN, apa salahnya kalau dalam PRU15 nanti mereka bermati-matian menumbangkan PH pula.

Sudah ada di kalangan mereka yang berkira-kira mahu merancakkan serangan di media sosial kepada PH dengan menubuhkan Grup Whatapp atau akaun baru di Facebook bagi tujuan itu.

Kata mereka lagi, mereka tidak rugi apa-apa dengan pertukaran kerajaan biar sekerap mana sekali pun, tetapi agak malu dengan PH yang sebelum pilihanraya dulu telah berjanji berdegar-degar, tetapi gagal melaksanakannya setelah mencapai kemenangan.

Yang lebih kami benci, tambah mereka, beberapa dasar atau peraturan baru yang mahu diperkenalkan oleh menteri-menteri PH lebih membawa kesusahan dan menambahkan belanja rakyat, sedangkan janji pokok dalam Buku Harapan tidak juga ditunaikan.

Dalam PRU14 lalu, DUN Semenyih dimenangi oleh PH melalui calon daripada Bersatu, Allahyarham Bakhtiar Mohd Nor yang menang dengan majoriti 8,964 undi.

Beliau mendapat 23,428 undi mengalahkan calon BN, Johan Abd Aziz yang memperolehi 14,464 undi, calon Pas, Mad Shamour Kassim (6,966 undi) dan calon PSM, S Arutchelvam (1,293 undi)

Bagaimanapun bekalan majoriti 8,964 itu dikira belum selamat lagi kerana dalam PRK 2 Mac nanti, Pas sudah pun mengumumkan tidak akan meletakkan calonnya dan akan memberi sokongan penuh kepada BN.

Adalah dijangkakan PSM juga tidak akan meletakkan calonnya kali dan ini memungkinkan berlaku pertandingan dua penjuru antara PH dengan BN saja dalam pilihanraya tersebut.

Gabungan kerjasama BN dan Pas diramal akan memberi saingan sengit sebagaimana yang telah terbukti di Cameron Highlands yang lalu.

Beserta dengan semakin ramai yang mahukan PH kalah di Semenyih nanti, termasuk daripada kalangan Bersatu sendiri, tidak mustahilkah harapan kepada kekalahan itu akan menjadi kenyataan? (ShahbudinHusin 28/01/2019)

1 comments:

Lone ranger pomen said...

Tu bukan menteri sampah. Betul juga cakap dia. Masa aku kerja yon ming auto, dia pun ade lori sendiri. Hari2 ambik sampah mcm plastik dgn kertas, kalau panjat lori, melambak buku lucah. Ambik kat port klang, hantar pegi pp. Yg dia org cakap. Utk kilang kitar semula. Bayang kan kita beli sampah dari luar. Kerana org kita buang kat tong sampah , dlm longkang, dlm kebun org, termasuk kebun aku. Sungai , laut jgn cajap la. Tu la maksudnya tak pandai buang sampah. Kat bengkel aku ramai jugak mat pet kutip sampah buat jual. Tapi tak pandang kertas plastik ni. Tahan Dia rembat besi buruk, berat dan mahal. Kalau kat tempat pelupusan sampah, melambak brg yg boleh dikitar semula. Selain kita sendiri, jgn lupa hasil sampah yg dibuat oleh mat bangla, mat indon dan india luar... Kalau pegi rumah kongsi mereka, kita tak tau, kita kat rumah kongsi ke, kat tempat sampah ke atau kat kawasan asal mereka... Najis pun aku pernah jumpa. Langkah mengawal penggunaan plastik dan straw patut kita sokong, jgn kata dah lambat. Kalau hasilnya bukan dari kita. Mungkin ke anak cucu jika kempen ini berterusan. Dari kita pot pet kata itu ini. Baik kita sokong dan kembangkan utk jangka waktu yang panjang.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena