Wednesday, 30 January 2019

[Video Tiada diskaun saman JPJ: Orang ramai respon kenyataan Menteri] Sheikh Ummar Ali (DAP) dan Nik Omar (Amanah) Apa masalahnya walaun! Agama bagi walaun ialah, duduk dalam Pas kau ahli sorga, lawan Pas kau tetap kapiaq?

Khamis, 31 Januari 2019
Image may contain: 2 people, people smiling, eyeglasses
Sheikh Ummar Ali (DAP) dan Nik Omar (AMANAH)
Image may contain: text and outdoor
Takkan 1 ayam kawan dgn 10 ekor itik, ia akan jadi itik... 
Sangat simplistik pandangan  Takiyuddin Hassan (pix,atas) yang juga Setiausaha Agung parti agama mengenai pelantikan Sheikh Ummar Ali sebagai salah seorang ahli lembaga Yadim. 

Katanya dengan pelantikan Ummar itu, menyebabkan Yadim bakal dicorakkan oleh DAP. Astghrafirulullah. 

Pandangan sedemikian tidak patut zahir daripada seorang setiausaha agung seperti beliau yang juga merupakan pengamal undang-undang. 

Saya tidak setuju seratus peratus cara ahli lembaga pengarah Yadim dibentuk. Tetapi cara sesetengah pihak mengkritik lantikan itu, dan menjadikanmodal pelantikan Ummar Ali itu sebagai menuduh DAP menguasai Yadim adalah melampau. Pandangan itu sangat dangkal dan tidak berilmu. 

Apakah dengan seekor ayam berkawan dengan 10 ekor itik maka ia akan jadi itik. Apakah semudah itu Ummar akan membawa pemikiran DAP dalam Yadim dan ahli lembaga Yadim yang lain akan jadi Pandir? Jangan memperlekeh orang. 

Cuba beza dan pisahkan sedikit Ummar dengan partinya itu dan bersangka baik melihat dia juga adalah seorang yang mengucap dua kalimah syhadat seperti kita. Jangan kita ambil tali inci ukur keimanan kita tetapi sesekali ukur juga keimanan orang lain. Sikap menyalah orang lain seratus peratus bukan prinsip Islam. 

Cara membenci DAP juga bagi saya tidak betul dalam konteks politik. Saya tidak menerima ideologi politik DAP, tetapi kehadirannya tidak boleh dipersoalkan kerana ia mengikut Perlembagaan. Sudah kerap kali saya kata, kalau DAP bahaya, bahaya.. batalkan sahaja DAP. Habis cerita dan kita semua akan aman dunia dan akhirat? Buatlah himpunan persis ICERD itu menuntut DAP dibatalkan. Berani? 

DAP dizaman Abdullah Ahmad Badawi, tidak dibatalkan. Dizaman Najib Razak tidak dibatalkan. Di zaman Dr Mahathir Mohamad “berkonfrontasi” dengan Kit Siang dulu pun tidak dibatalkan. 

Kepada Takiyuddin dan orang sewaktu dengannya, yang meletakkan DAP sebagai “punching beg” kepada kerajaan PH dan Amanah, cubalah sedar sedikit. Jangan bersikap seperti penjual ubat tradisional yang dengan mudah cuba menipu pengguna. 

Penjual ubat tradisional hanya menjual satu jenis ubat sahaja, tetapi didakwa boleh menyembuhkan berbagai penyakit. Cara beginilah mengapa penjualan ubat tradisional jalanan tidak maju maju. Sebab cara mereka menarik perhatian orang ramai tidak mengikut saitifik langsung dan kekal secara kovensional yang sempit. - MSO 
Agama bagi walaun ialah, duduk dalam Pas kau ahli sorga, lawan Pas kau tetap kapiaq...
Tumpang sekole.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena