Thursday 24 January 2019

[Video Dakwaan Dr. Mahathir mahu BN menang hanya cerita rekaan BN - Wan Azizah] TAHNIAH DAN PUJIAN BUAT SALAHUDDIN AYUB & YB Dato’ Ir. Phahrolrazi Mohd Zawawi telah diumumkan sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS.

Khamis, 24 Januari 2019
「Gambar Baja keluaran Nafas」的圖片搜尋結果
Baja NAFAS yang sudah dibungkus.

TAHNIAH DAN PUJIAN BUAT SALAHUDDIN AYUB


NAFAS UMUM PELANTIKAN PENGURUS BESAR, PENGERUSI & AHLI JEMAAH PENGARAH YANG BAHARU

Alhamdulillah, selepas tamat tempoh penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan - NAFAS, pagi tadi saya telah mengumumkan pelantikan barisan kepimpinan pengurusan yang baharu. 

Saya berharap pengurusan NAFAS telah distruktur semula ini dapat memastikan peranan NAFAS sebagai induk Pertubuhan Peladang dapat dilaksanakan dengan lebih efisien. 

Kerajaan bersikap proaktif dan positif terhadap NAFAS bagi memastikan ia kembali kepada fungsi asal - memajukan kepentingan ekonomi, sosial dan kebajikan ahlinya. 

Adalah diharap dengan pemilihan saf kepemimpinan baharu ini dapat melahirkan lebih ramai pemimpin berintegriti bagi menjamin keperluan golongan sasar.

YB Dato’ Ir. Phahrolrazi Mohd Zawawi telah diumumkan sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS yang baharu. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu, Kedah. 

Pagi tadi saya turut mengumumkan pelantikan enam orang Ahli Jemaah Pengarah (AJP) dan lima lagi AJP yang merupakan calon simpanan daripada pemilihan AJP NAFAS pada tahun 2016 bagi penggal 2016-2019. 

Barisan AJP NAFAS yang baharu ialah Wan Kharizal Wan Khazim, Mohd. Hisyamuddin Ghazali, Normah Yusof, YB Senator Dr. Yaakob Sapari dan YB Muhamad Said Jonit yang merupakan AJP lantikan Menteri. 

Lima lagi AJP NAFAS ialah YBhg. Datuk Haji Abdul Aziz Derashid, YBhg. Dato' Haji Ahmad Bhari Abd Rahman, YM Dato' Tengku Aziz Tengku Jaafar, Abdul Kalam Hassan dan Ishak Taib.

Salahuhuddin Ayub
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Komen Blog - Ini adalah satu lagi tindakan terpuji daripada Salahuddin Ayub selaku Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.  

Sebelum ini, beliau juga membuat beberapa perlantikan daripada kalangan orang politik mengetuai agensi di bawah kementeriannya, antaranya Lembaga Pertubuhan Peladang dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

Agensi di bawah kementerian bukanlah GLC. Oleh itu perlantikan ini sama sekali tidak bercanggah dengan manifesto PRU14. Agensi kerajaan memang perlu diterajui oleh orang politik dengan tujuan membawa suara dan kepentingan politik dalam agensi berkenaan. 

Ia malah selari dengan kedudukan menteri sendiri sebagai orang politik. Hanya orang politik yang duduk di agensi yang boleh memudahkan lagi perlaksanaan agenda membantu rakyat sebagaimana kehendak menterinya berbanding jika diserahkan kepada golongan profesional.

Golongan profesional boleh diletakkan di peringkat perlaksanaan seperti Ketua Pengarah, Pengarah dan sebagainya.

Saya telah menulis sebelum ini berkenaan isu yang sama di sini - http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/09/ingatah-kepada-tun-mahathir-jangan-tak.html


Selain itu, dengan memberi penghargaan kepada orang politik mengetuai agensi kerajaan juga mampu menguatkan lagi parti politik untuk berdepan cabaran lawan dalam pilihanray akan datang.

Orang profesional tidak terlibat dengan pilihanraya, kadangkala tidak peduli pun dengan remeh-temeh pilihanraya. Hanya orang politik yang bertungkus lumus dan bersusah payah memegangkan parti sehingga berjaya membentuk kerajaan.

Tiada salahnya memberi penghargaan kepada mereka.

Berbanding menteri-menteri lain, Salahuddin nampaknya paling ke depan dalam memberi penghargaan kepada orang-orang politik yang berkelayakan dan berkemampuan mengetuai agensi-agensi di bawah kementeriannya.

Syabas, tahniah serta pujian kepada beliau dan semoga menteri-menteri yang lain juga tidak takut melakukan perkara yang sama selepas ini, itu pun jika masing-masing mahu ada hati melihat Pakatan Harapan ini menang lagi dalam PRU15 akan datang. (ShahbudinHusin 24/01/2019)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena