Sunday 20 January 2019

[Video Perjanjian Jual Beli Air Dengan Singapura Tidak Adil] Kenapa kita malu dipanggil Kampung Kerinci? Najib 'raja trolls' bagus sebagai pembangkang - Khalid.

Ahad, 20 Januari 2019

Nama Asal Kampung Kerinchi Dikembalikan

(Penukaran semula nama itu daripada Bangsar South dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim)


Kenapa Kita Harus Malu Dipanggil Kampung?


Najib 'raja trolls' bagus sebagai pembangkang - Khalid

Selepas saling bertukar sindiran di media sosial, Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad hari ini mengakui bekas perdana menteri Najib Razak memainkan peranan sebagai pembangkang melalui kritikan berterusannya terhadap kerajaan.
Menurut Astro Awani, Khalid menyifatkan maklum balas Najib pada perbualan Twitter mereka sebagai "teguran santai" terhadap kerajaan.
Pertukaran hantaran di Twitter berkenaan menarik ribuan komen selepas dikongsikan pada halaman Facebook masing-masing
"Kami terima perkara (kritikan Najib) itu sebagai satu cara teguran yang santai dan dalam good spirit, saling berjenaka.
"Tetapi saya rasa beliau memang lebih bagus sebagai pembangkang dan memberi teguran yang sedemikian," kata Khalid.
Pengarah komunikasi Amanah itu berkata demikian selepas melancarkan acara larian di Kuala Lumpur bagi golongan kurang upaya.
"Dia sebut nama saya, jadi saya sebut nama dia balik. Kalau tidak, nanti dia kecil hati pula," kata Khalid lagi.
Kedua-dua Najib dan Khalid berkempen pada pilihan raya kecil Cameron Highlands. Pada Jumaat lalu, bekas perdana menteri membuat hantaran di media sosial dengan petikan kata-kata yang menyindir Khalid yang duduk di sebelahnya.
"Oh, sebelah kiri saya ini (Khalid) tauke Harapan Coin.
"Hari itu terpegun naik MRT. Jangan dia terkejut Cameron ada strawberi sudah lah," catat Najib.
Selepas memimpin BN untuk tewas pertama kali pada PRU14 setelah enam dekad berkuasa, Najib mendapat julukan 'raja trolls' kerana sering membuat hantaran bagi membidas dan mengkritik kerajaan Pakatan Harapan.

mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena