Tuesday 22 January 2019

[Video Biarkanlah Najib Terus Merempit Atas Kapcai] Rempit pak lebai & Dakwah tarik mat motor ke masjid...Kit Siang: Ramli (BN) lambang kegagalan, bukan kejayaan Orang Asli.

Selasa, 22 Januari 2019

Rempit pak lebai

Dakwah tarik mat motor ke masjid...

Kit Siang: Ramli lambang kegagalan, bukan kejayaan Orang Asli

Meskipun calon BN Ramli Mohd Nor adalah Orang Asli yang memegang jawatan tertinggi dalam pasukan polis, namun ini bukan melambangkan satu kejayaan tetapi sebaliknya satu kegagalan memperbaiki taraf penduduk asli  selepas enam dekad, kata Lim Kit Siang.
"Pasti, selepas enam dekad mempertingkatkan ekonomi dan pendidikan Orang Asli supaya setanding dengan rakyat Malaysia dari latar etnik lain, Orang Ali sepatutnya mencapai kedudukan lebih tinggi bukan sahaja dalam polis tetapi di semua jabatan kerajaan.
"Bilakah agaknya Orang Asli akan menjadi antara lapan pegawai teratas dalam Polis Diraja Malaysia?
"Atau adakah kita hanya mampu menghasilkan seorang Orang Asli sebagai pengarah jenayah komersil negeri dalam tempoh 60 tahun, atau pada kadar ini, kita akan menghasilkan seorang lagi pengarah jenayah komersil negeri Orang Asli dalam tempoh 60 tahun - atau mungkin ada dua Ramli dalam tempoh 120 tahun?" soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
Pemimpin DAP itu berkata ini tidak dapat diterima dan sudah tiba masa untuk "perjanjian baru" dengan Orang Asli di Malaysia.
Jawatan terakhir Ramli sebelum bersara adalah sebagai timbalan pengarah jenayah komersil Bukit Aman. Sebelum itu, beliau mengetuai jabatan jenayah komersial Pulau Pinang.
Mengulas lanjut Lim berkata, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), telah gagal dalam misinya untuk meningkatkan taraf hidup Orang Asli dalam tempoh 60 tahun lalu.
Beliau berkata ini gambaran fakta itu boleh dilihat dengan jabatan itu hanya mampu melantik Orang Asli sebagai ketua pengarah Jakoa dalam tempoh lapan bulan lalu.
Selain itu, kata Lim, Orang Asli hanya mewakili 22 peratus daripada kakitangan Jakoa.
Lim juga mempersoalkan mengapa bekas perdana menteri Najib Razak tidak melawat kampung Orang Asli di Pos Lenjang semasa kempen di Cameron Highlands.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena