Friday, 25 January 2019

[Video Najib 'Raja Troll'? Dia cari simpati orang, kata Dr M] Umno ambil RISIKO membenarkan Najib berkempen di CH & Ramli boleh menang KALAU Najib Tak turun kempen.

Jumaat, 25 Januari 2019

UMNO AMBIL RISIKO MEMBENARKAN NAJIB BERKEMPEN DI CH

Mat Hassan dan para pembesar umno benar² ketandusan idea dan kemelesetan kepimpinan hingga terpaksa bergantung kepada Najib, faktor kekalahan umno PRU14 digunakan semula.

Tentulah benar kerana Zahid, Hishamuddin dan Kj kurang suci dari Najib, mereka dulunya sekadar boneka dan tukang angguk.

Bekerjasama dengan PAS di PRK yang lalu menunjukan tidak ada kesudahan dan peningkatan untuk menang maka Najib dipertaruhkan.

Bagai dapat nyawa baru, Najib tunjuk belang di Cameron Highland.. Jika ke tempat asal penyokong tegar umno dan mendapat dukungan dan pujian, apakah itu tambahan undi kepada calon BN?

Pergilah juga ke tempat yang lebih 50/50 atau lubuk DAP, test lah market di situ..
Bukankah mereka lebih advance untuk menyatakan kepada Najib bahawa segala malapetaka yang menimpa negara sekarang adalah Najib puncanya?

Bukan satu dua tuduhan mahkamah yang dikenakan kepada Najib, tetapi puluhan.
Bukan Najib seorang, tetapi suami dan mentornya juga...orang kanannya juga.
Yang bakal memberi keterangan di mahkamah juga bukan semua musuhnya tetapi kawan²nya, penjawat awam dan ahli korporat...

Bukanlah suatu yang mustahil, pada masa perbicaraan itu, Jho Low akan muncul... (?)
Bukankah kerajaan ada menyatakan mereka tahu di mana jho low berada cuma masa yang menentukan...
Bukankah Daim kata Jho Low pernah hubunginya untuk penyelesaian?

Apakah Najib lupa pepatah, perangkap tidak pernah lupa mangsanya?
Dan umno mahu diseret bersama untuk diaibkan?

Yes ramai yang mahu melihat calon umno Melayu Islam menang di CH tetapi berada dalam dilema kerana tidak mahu juga terlibat seolah memberi sokongan moral kepada lanun.

Satu kelebihan kepada penyokong DAP, mereka akan keluar beramai ramai dan bersungguh sungguh bersusah payah untuk mengundi bagi memastikan calon mereka menang.

Ini tidak berlaku kepada penyokong umno yang terbiasa keluar mengundi jika dijemput. Apakah jentera pilihanraya BN sudah cukup diberi ongkosnya untuk bersemangat bergerak, jika ciput, ciputlah kesungguhannya.

# umno boleh menang KALAU Najib Tak turun kempen..

Posted by 

Raja Troll? Najib cuma cari simpati, kata Mahathir

Aktifnya Najib Razak di media sosial dan kekerapan beliau bertemu rakyat mungkin menarik perhatian ramai sejak tidak lagi menjadi perdana menteri.
Namun di mata Dr Mahathir Mohamad apa yang dilakukan Najib itu tidak lebih daripada cubaannya untuk meraih simpati selepas kalah pilihan raya serta didakwa di mahkamah.
Kata Mahathir apa yang dilakukan oleh Najib itu supaya beliau kelihatan seperti dianiaya oleh kerajaan PH.
"Tapi kita bagi kelonggaran kepada dia.
"Dah beberapa bulan kena charged (di mahkamah, tapi dia) bebas macam itu, cerita macam-macam (untuk) nak cari sokongan," katanya.
Justeru kata Mahathir orang ramai wajar menilai perbuatan bekas perdana menteri itu sebelum memberikan perhatian atau sokongan.
"Fikir tengoklah orang jenis ini boleh percaya ke tidak? Dia curi duit, kita tak boleh bagi dia curi duit (lagi)," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Felda Sungai Koyan 1, hari ini.
Sedangkan, kata Mahathir, semasa masih menjadi perdana menteri dulu Najib bertindak sebaliknya.
"Dulu semasa dia jadi perdana menteri, belum charge (tuduh) apa-apa (dah kena) pakai baju oren.
"Shafie Apdal belum charge (dituduh) apa-apa, kena pakai baju oren. Orang lain semua kena pakai, tapi kita bagi kelonggaran kepada dia (Najib)," katanya.
Sebelum ini, beberapa tokoh berprofil tinggi yang didakwa atau dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman, dipakaian seragam lokap SPRM.
Antaranya ialah bekas pengerusi Felda, Isa Samad dan Ketua Parti Warisan Sabah, Shafie Apdal.
Terdahulu Mahathir ditanya media mengenai gelaran Raja Troll yang dikaitkan dengan Najib ekoran kekerapannya menyindir PH di media sosial.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena