Tuesday 29 January 2019

[Video PAS CADANG UMNO DIBUBARKAN] Dakwaan baru bagi hukum Najib atas kemenangan Cameron Highlands.

Selasa, 29 Januari 2019
Tiada penerangan foto disediakan.
“Pelan Antirasuah Nasional ini hadir sebagai peringatan dan amaran kepada semua pemimpin sekarang dan masa depan bahawa Malaysia dan rakyatnya tidak menerima amalan rasuah dan ianya satu amalan keji dan menjijikkan”
YAB Tun Dr Mahathir Mohamad (2019)


Dakwaan baru bagi hukum Najib atas kemenangan Cameron Highlands

Tiga lagi dakwaan baru ke atas Najib Razak semalam adalah sebagai menghukumnya susulan kemenangan BN di Cameron Highlands, dakwa seorang pembantu bekas perdana menteri itu.
Bercakap dengan syarat namanya tidak didedahkan, pembantu itu memberitahu Malaysiakini bahawa kenyataan Najib telah dirakamkan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira 30 minit sebelum dia didakwa dengan pertuduhan tambahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram (Amla) 2001.
Pihak berkuasa, katanya, juga mengambil cap jari dan merakamkan gambar Najib seolah-olah ia adalah kes baru.
Semalam, Najib dikenakan tiga lagi pertuduhan tambahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram (Amla) 2001.
Najib dituduh terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram di bawah Seksyen 4 (1) (a) akta itu kerana didakwa menerima sejumlah RM47 juta dalam akaun AmIslamic Bank Bhd di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur pada 8 Julai 2014.
Tuduhan itu dibacakan kepada Najib di hadapan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena