Monday 21 January 2019

[Video SPR jawab dakwaan DITUDUH TUTUP MATA] CAMERON HIGHLANDS, kemudian SEMENYIH adalah penentu kerjasama Umno-Passss!

Selasa, 22 Januari 2019
「Gambar PRK Cameron Highlands」的圖片搜尋結果
「Gambar PRK Cameron Highlands」的圖片搜尋結果

CAMERON HIGHLANDS, KEMUDIAN SEMENYIH ADALAH PENENTU KERJASAMA UMNO - PAS

Walaupun tiada ikatan rasmi, hubungan kerjasama UMNO dan Pas nampaknya semakin kukuh dan intim di Cameron Highlands ini.

Barangkali salah satu sebab yang merapatkan lagi hubungan itu ialah kerana yang bertanding kali ini ialah DAP.

Dengan kedua-dua parti menjadikan DAP sebagai musuh, meskipun Pas pernah berpeluk rapat dengan parti itu, maka secara tidak langsung ia merapatkan lagi hubungan mereka lantaran sedang berperang dengan musuh yang sama.

Meski kerjasama UMNO dan Pas bukanlah perkara baru, tetapi tidak dinafikan hubungan rapat kedua-dua parti yang ditunjukkan di Cameron Highlands ini agak berbeza berbanding beberapa pilihanraya kecil sebelum ini.

Sebelum ini, hubungan rapat UMNO dan Pas  masih dalam keadaan “malu-malu kucing” lagi, namun kini segalanya bukanlah rahsia lagi.

Dengan yang demikian, keputusan pilihanraya kecil Cameron Highlands pada 26 Januari nanti adalah penting dan menarik untuk terus diperhati.

Sekiranya UMNO dan Pas berjaya mengalahkan calon PH daripada DAP nanti, ia tentu saja dianggap sebagai kemenangan bersejarah bagi mereka dalam era kerjasama baru kedua-dua parti tersebut dalam pasca PRU14 ini.

Ia tidak mustahil akan mendorong UMNO dan Pas melangkah ke depan dalam memastikan hubungan mereka membuahkan hasil yang diharap-harapkan dalam PRU15 akan datang.

Tidak ketinggalan juga, melalui kejayaan di Cameron Highlands itu nanti, UMNO dan Pas akan terus mengasak PH dalam pilihanraya kecil seterusnya yang akan berlaku di Semenyih pada 2 Mac depan.

Apa lagi dalam pilihanraya Semenyih itu nanti parti yang akan bertanding ialah Bersatu yang mewakili Pakatan Harapan.

Jika kejayaan dapat mengalahkan DAP di Cameron Highlands yang mana diakui sendiri oleh Tun Mahathir Mohamad bahawa parti tersebut adalah tunjang kepada Pakatan Harapan, maka keinginan mengalahkan wakil Bersatu di Semenyih tentu juga amat penting kerana ia adalah parti yang dinaungi oleh Perdana Menteri sendiri.

Kekalahan Bersatu di Semenyih, jika berlaku, turut akan menjadi ukuran bahawa parti itu tidaklah sekadar sekuat mana, sesuai dengan jumlah keahliannya yang dianggarkan sekitar 200 ribu orang saja.

Memandangkan Semenyih adalah kawasan Melayu, susulan Pas tidak meletakkan cakonnya di situ, kerjasama kedua-dua parti secara tidak langsung mampu diperkukuhkan lagi.

Kesimpulannya, bermula di Cameron Highlands dan kemudian di Semenyih, ia adalah penentu kepada kerjasama UMNO dan Pas dalam memasuki fasa yang seterusnya, sekaligus menjadi ukuran penerimaan rakyat kekukuhan kerajaan PH yang belum setahun usianya ini.

Jika PH kecundang di kedua-duanya, bermakna banyak kerja harus mereka lakukan selepas ini, terutamanya menilai kembali prestasi dan janji-janji yang masih tergantung di awang-awangan. (ShahbudinHusin 22/01/2019)

1 comments:

Unknown said...

PAS & UMNO tak perlu lg malu2. Depa dh serasi berasmara & bole 69 atau 96 secara terbuka. Lagi pun PAS kata UMNO tu Kafir. UMNO kata PAS tu sesat. so kira ngaam la.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena