Thursday 24 January 2019

[Video Siapa tipu, sepupu Altantuya atau Najib?] Terkini Pas GUSAR, Umno MENGGELABAH! Sivarraajh akui undi India beri kelebihan pada PH & Orang Asli bukan lagi 'fixed deposit' kepada BN.

Khamis, 24 Januari 2019

Sivarraajh akui undi India beri kelebihan pada PH

Bekas Anggota Parlimen Cameron Highlands, C Sivarraajh mengakui trend pengundi India yang berpecah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands akan memberikan sedikit kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH).
Menurutnya, selain faktor MIC meminjamkan kerusi Cameron Highlands kepada Umno yang mengecewakan pengundi India, mereka juga mengambil kira sentimen calon PH M Manogaran yang berbangsa India.
"Pada pandangan saya pengundi India masih pecah. Ada pengundi sokong BN, manakala ada yang masih bersama PH. Tetapi, kekecewaan kerusi ini ditandingi Umno akan memberi sedikit kelebihan kepada PH," katanya kepada Malaysiakini.
Namun, beliau menegaskan keputusan MIC menyerahkan kerusinya kepada Umno adalah satu strategi yang terbaik selepas mengambil kira situasi politik semasa.
"Kita perlu akui bahawa pengundi India hanya merangkumi dalam 14 peratus daripada jumlah pengundi di Cameron Highlands. Kemungkinan menang PRK ini dengan muka baru daripada MIC tidak begitu tinggi," jelasnya lagi.
Sivarraajh turut menolak teori bahawa penyokong presiden MyPP yang dipertikaikan, M Kayveas mampu menguatkan kedudukan BN dalam PRK itu.
"Saya ingin tegaskan bahawa tiada kesan langsung daripada Kayveas yang kini bertindak menyokong PH dalam PRK ini. Kalau paling banyak pun ahli MyPPP di Cameron adalah dalam 500 hingga 600 pengundi sahaja. Yang itu pun, didaftar oleh kem anti Kayveas," ujarnya.
Untuk rekod, Kayveas pernah menyatakan hasrat bertanding di Cameron Highlands dan mendakwa telah mendaftarkan 2,000 pengundi di kawasan parlimen tersebut menjelang PRU 14 yang lalu.
Namun, hasrat beliau tidak kesampaian selepas MIC bertegas untuk mempertahankan kerusi tradisi mereka itu.
'Peratus undi India akan meningkat'
Berbeza dengan pandangan Sivarraajh, Setiausaha Agung Parti Tindakan Hak Minoriti (MIRA) R Kannan meramalkan peratus sokongan pengundi India akan meningkat kepada PH berbanding PRU 14 yang lalu.
"Terdapat tiga perkara yang mampu menguatkan kedudukan PH di kalangan pengundi India. Pertama, tindakan MIC menyerahkan kerusinya kepada Umno. Ini satu isu sangat penting yang membangkitkan kemarahan pengundi India terhadap BN".
"Mereka rasa dengan menyerahkan kerusinya kepada Umno, masa depan pengundi India di Cameron tidak menentu. Kedua, sentimen pengundi India terhadap calon PH yang terus bersama mereka. Dan ketiga, kenyataan-kenyataan rasis oleh Umno dan PAS yang jelas mengundang rasa tidak puas hati pengundi India," jelasnya.
Namun, beliau bersetuju pendapat Sivarraajh yang menyatakan pengundi India bukan 'kingmakers' (penentu kemenangan) di Cameron Highlands.
Sebaliknya pengundi Cina dan Orang Asli akan menentukan kemenangan calon yang bertanding.
"Sekiranya jumlah peratus pengundi Cina melebihi 70 peratus dan pengundi Orang Asli berani mengundi Manogaran, maka PH mampu membuat kejutan di Cameron Highlands," jelas beliau.
'Orang Asli bukan lagi 'fixed deposit'
Dalam pada itu, Kannan turut mendakwa Orang Asli bukan lagi 'fixed deposit' kepada BN.
"Senario pada minggu pertama kempen PRK sudah banyak berubah pada minggu kedua. Kalau, minggu lepas kebanyakan mereka ditipu oleh BN bahawa Kerajaan Pusat masih di bawah BN dan Najib (Razak) Perdana Menteri Malaysia.
"Kini mereka sudah mendapati satu gambaran jelas. Saya tidak akan kata Orang Asli sokong penuh kepada PH. Tetapi, sokongan dalam 30 peratus hingga 40 peratus sudah mencukupi," kata beliau lagi.
Cameron Highlands merupakan kerusi tradisional MIC yang dimenangi sejak 2004. Pada PRU ke-14 Sivarraajh memenangi kerusi itu dalam pertembungan lima penjuru dengan beza 587 undi berbanding pencabar terdekatnya Manogaran dari Pakatan Harapan (PH).
PRK Cameron Highlands diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Nov lalu mengisytiharkan kemenangan BN di Cameron Highlands pada PRU ke-14 terbatal susulan berlaku amalan pembelian undi.
Sebanyak 32,009 pengundi layak mengundi pada hari pemilihan 26 Januari ini.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena