Thursday 24 January 2019

[Video Tiada alasan lantikan politik dalam GLC - Ambiga] Muhyiddin tepis dakwaan Dr M tidak yakin dengan calon PH & Tun akan turun berkempen hari ini.

Jumaat, 25 Januari 2019
Image may contain: 1 person, text

Muhyiddin tepis dakwaan Dr M tidak yakin dengan calon PH

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menepis dakwaan bahawa Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad tidak yakin dengan kemenangan calonnya, M. Manogaran, bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen Cameron Highlands, Sabtu ini.
Beliau berkata Dr Mahathir akan tetap turun berkempen hari ini dan menganggap pilihan raya kecil itu penting bagi PH.
"Biasanya Perdana Menteri tak pergi kempen kecil seperti ini tapi kerana dia fikir ini adalah PRK yang penting dan kita bertanding di sini, tentu masyarakat serta pengundi di sini mahu dengar mesej Tun sebagai perdana menteri,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas bersolat Maghrib dan Isyak di Masjid Sungai Koyan malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai dakwaan Dr Mahathir tidak yakin dengan kemenangan Manogaran dari DAP disebabkan jadual pemimpin nombor satu itu yang tidak banyak meluangkan masa dalam kempen PRK itu.
Malaysikini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena