Sunday 20 January 2019

[Video Azmin tolong Chef Wan masak] Peguam Mat Sabu akan hantar notis tuntutan pada KJ & Najib dah tak ada 'laskar siber' rasmi.

Isnin, 21 Januari 2019

Peguam Mat Sabu akan hantar notis tuntutan pada KJ

Peguam Mohamad Sabu akan menghantar notis tuntutan undang-undang kepada MP Rembau Khairy Jamaluddin mengenai dakwaannya bahawa menetri pertahanan menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen pada pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands.
Setiausaha akhbar menteri pertahanan, Amin Shah Iskandar berkata Mohamad telahpun menjelaskan mengenai dakwaan tersebut dan tindakan Khairy mengulangi tuduhan itu adalah suatu fitnah.
"Dalam satu kenyataan pada sidang media di Kampung Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang hari ini, bekas ketua pemuda Umno itu mengeluarkan kenyataan fitnah yang mengatakan menteri pertahanan menggunakan jentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika berkempen untuk Pakatan Harapan (PH) sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) di Cameron Highlands.
"Khairy terus mengeluarkan kenyataan fitnah ini walaupun Kementerian Pertahanan sudah pun menjelaskan mengenai perkara ini dalam satu kenyataan pada 15 Januari 2019 yang lalu.
mk.
「Gambar najib malu apa bossku」的圖片搜尋結果

Najib: Saya tak ada 'laskar siber' rasmi


Bekas perdana menteri Najib Razak memanjatkan rasa syukur apabila berkata beliau kini semakin diterima oleh rakyat.
Malah, kata Najib, rakyat jugalah yang menjadi pembela dirinya setiap kali beliau diserang di media sosial memandangkan dia tidak mempunyai pasukan unit media siber atau biasa disebut sebagai laskar siber (cybertrooper) rasmi.
“Saya tak ada cybertrooper rasmi langsung. Jadi komen-komen (di media sosial) boleh dikatakan organik, datang dari rakyat sendiri.
mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena