Saturday 19 January 2019

[Video KINI SIAPA YANG BERBOHONG?] Orang Melaka Senyum Besar Nampak, Ini Harga Lengkap Pelan Fiber TNB Hingga 1Gbps…

Ahad, 20 Januari 2019

Orang Melaka Senyum Besar Nampak, Ini Harga Lengkap Pelan Fiber TNB Hingga 1Gbps…

 by 
Orang Melaka senyum besar nampak, ini harga lengkap pelan fiber TNB hingga 1Gbps…
Leo Moggie (kiri), Gobind (dua dari kanan) dan wakil Ketua Menteri Melaka (tengah) merasmikan pelan jalur lebar TNB
Pendatang baru dalam menyediakan perkhidmatan jalur lebar, Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjaya menyiapkan fasa pertama penyediaan akses internet berkelajuan tinggi atau High Speed Broadband (HSBB) di 1,100 kediaman di Jasin, Melaka.
Dalam pelancaran tersebut yang juga diiktiraf sebagai Projek Rintis bagi Pelan Gentian Optik danKesalinghubungan Negara (National Fiberisation Connectivity Plan(NFCP), ia mengumumkan harga bagi pakej 50Mbps semurah RM79 manakala kesediaannya mampu melangkau 1Gbps dengan harga RM199 saja.
Manakala pelan 100Mbps pula berharga RM99 dan 500Mbps (RM139).
“Projek ini penting untuk kerajaan menilai aspek teknikal, keselamatan dan keboleh harapan komersialNFCP. Kerajaan dan TNB akan melihat secara keseluruhan hasil projekrintis ini untuk membuat pertimbangan mengenai kemungkinan melaksanakannya pada skala lebih besar di seluruh negara,” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dalam ucapan pelancaran Projek Rintis NFCP, di Jasin, Melaka.
Tambah Gobind, menerusi rangkaian telekomunikasi TNB ini juga, kerajaan percaya perkhidmatan internet jalur lebar berkelajuan tinggi akan menjadi lebih terbuka dalam suasana persaingan yang lebih sihat.
Secara tidak langsung ini akan mewujudkan lanskap baru pasaran, membolehkan rakyat menikmati perkhidmatan internet lebih pantas dan meluas pada harga berpatutan.
Menurut Ketua Menteri Melaka, AdlyZahari pula, sekiranya NFCP diperluas ke seluruh negeri, kemudahan internet jalur lebar berkelajuan tinggi ini mampu memberi nilai tambah kepada sektor ekonomi negeri.
“Amatlah tepat apabila pihak kementerian dan TNB memilih Jasin sebagai lokasi projek rintis NFCP. Lebih daripada itu, kejayaan yang dicapai di Jasin ini, sewajarlah ia diperluaskan ke seluruh negeri Melaka. Kalau ia dilaksanakan dinegeri ini, pastinya ia boleh dilakukan dalam tempoh lebih singkat,” kata Adly.
Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie pula berkata, projek rintis ini menjadi satu lagi tanda NCTNB bukan sahaja memastikan rakyat menikmati bekalan elektrik berdaya harap, malah sentiasa memberi perkhidmatan terbaik dan memperkasa pengguna dari segi penggunaan teknologi.
“Mungkin ramai yang masih belum tahu bahawa wujudnya sistem telekomunikasi seperti ini yang merupakan bahagian penting bagi industri utiliti. Hari ini, dengan berjayanyaprojek rintis NFCP ini, terbukti rangkaian itu juga boleh digunakan untuk faedah lain buat rakyat,” kata Moggie dalam ucapannya.
Penduduk Jasin di tiga kawasan projek rintis ini boleh melanggan pakej perkhidmatan jalur lebar yang ditawarkan lapan Penyedia Perkhidmatan Runcit (Retail Service Providers).
Pada bulan September tahun lepas, Moggie mengumumkan pelaksanaan Fasa 1 projek rintis ini, yang melibatkan kerja-kerja menilai aspek-aspek teknikal dan keselamatan.
Kini, kemudahan internet Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi telah pun tersedia untuk kegunaan penduduk di kawasan yang dikenal pasti di Jasin ini. Ia terhasil dengan memanfaatkan talian fiber optik dan infrastruktur sedia ada yang dimiliki TNB. 
Untuk makluman, TNB memiliki talian fiber optik sepanjang 16,000 kilometer, di samping capaian infrastruktur meluas kepada pelanggan melalui tiang-tiang elektrik TNB yang terpasang merentasi seluruh Semenanjung.
Rangkaian talian fiber optik dan capaian infrastruktur yang meluas ini berupaya membantu memenuhihasrat Kerajaan untuk mempertingkat dan memperluaskan capaian perkhidmatan jalur lebar internet kepada rakyat melalui pelaksanaan NFCP.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena