Friday 25 January 2019

[Video Cameron Highlands votes today] SATU DUNIA NAK TAHU, Siapa arahkan Siapa? Siapa pula yang ARAHKAN SI ANU? Mohamad Sabu tepis dakyah perkauman dimainkan UMNO-PAS.

Sabtu, 26 Januari 2019

SATU DUNIA NAK TAHU SIAPA YANG ARAHKAN SIAPA DAN SIAPA PULA YANG ARAHKAN SI ANU...

Posted by 

Mohamad Sabu tepis dakyah perkauman dimainkan UMNO-PAS

Presiden Amanah merangkap Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu membidas jentera kempen UMNO-BN dan PAS kerana menggunakan isu perkauman dan agama bagi meraih sokongan di Cameron Highlands.
Beliau berkata demikian merujuk tuduhan dan tohmanan yang dilemparkan kedua-dua sekutu berkenaan terhadap Pakatan Harapan sepanjang tempoh dua minggu berkempen di kawasan tersebut.
Menurutnya, DAP, yang merupakan parti komponen PH, paling banyak dilemparkan dengan pelbagai tuduhan tidak berasas.
“Inilah corak kempen (UMNO-BN-PAS), isu perkauman. (Mereka kata) habislah sekarang ini DAP perintah Malaysia, habislah orang Melayu, habislah kedudukan Raja-raja Melayu.
“(Tetapi) kelmarin Raja-raja Melayu bermesyuarat dan telah bersetuju untuk melantik Baginda Sultan Pahang sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu dan 31 haribulan ini (akan berlangsung) pertabalan untuk mengangkat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menjadi tongak kepada Perlembagaan Malaysia.
“Masuk penggal ketiga (pentadbiran PH di Pulau Pinang), UMNO tinggal dua kerusi,” ujarnya bagi menggambarkan pengaruh UMNO yang semakin berkurang di Pulau Pinang.  
Turut hadir pada ceramah hari ini adalah Presiden Amanah merangkap Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; calon PH, Manogaran serta barisan kepimpinan PH lain.
Manogaran berdepan dengan tiga lawan dalam saingan empat penjuru membabitkan calon BN, Ramli Mohd. Nor serta dua calon Bebas iaitu Sallehudin Ab. Talib dan Wong Seng Yee. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena