Wednesday 23 January 2019

[Video Siapa tipu, sepupu Altantuya atau Najib?] AOK TAHU? Bubar Parlimen! Lebih baik bubar Isma.

Khamis, 24 Januari 2019
Foto Otai BERSIH.
Kerajaan baru Pakatan Harapan telah menambah baik inisiatif kebajikan untuk para veteran ATM.

Selain meneruskan Skim Bantuan Sara Hidup, Skim Bantuan Persekolahan, Bantuan Kemasukan ke Universiti Awam/Politeknik, Bantuan Peralatan Pesakit, Bantuan Bencana Alam, Kerajaan telah meluluskan bantuan kewangan kepada persatuan veteran sebanyak RM500,000.

Dalam Belanjawan 2019, Kerajaan telah menambah peruntukan kepada veteran ATM daripada RM78 juta kepada RM97 juta.
Foto Otai BERSIH.
Beza sangat perjuangan PH & perjuangan BN

Bubar Parlimen? Lebih baik bubar Isma

Cadangan bekas presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Abdullah Zaik agar Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad membubarkan Parlimen adalah satu jenaka hambar di permulaan tahun 2019.
Abdullah mendakwa Malaysia menuju negara rasis kerana kerajaan hari ini didominasi DAP, dengan semangat anti-Melayu dan anti-Islam membuak-buak.
Ini dakwaan berat yang tiada asas untuk membuktikannya. Yang ada hanyalah hasad.
Bagaimanapun Abdullah adalah individu yang sama pernah menjulang Mahathir sebagai pahlawan Melayu-Islam abad ini dan kini menuduh perdana menteri hampir hilang kawalan sepenuhnya terhadap kerajaan sendiri.
Isma adalah NGO yang 'panas punggung' sejak 9 Mei 2018.
Kempen berbaur perkauman mereka tidak dibeli pengundi. Lebih malang beberapa individu yang mereka cukup musuhi kerana sejarah silam - seperti Dr Maszlee Malik - diangkat sebagai menteri.
Lapan bulan selepas wujudnya Malaysia Baru, ia ibarat 80 tahun buat Isma.
Ini sebabnya
Tulisan Abdullah bersifat rambang, tanpa bukti dan hujah yang kuat. Misalnya beliau mendakwa Lim Guan Eng sebagai menteri paling berkuasa pada masa ini. Itu jelas menunjukkan bakat jenaka yang dimiliki amir Isma berkenaan.
Menteri Kewangan bukanlah jawatan yang memberi kuasa penuh kepada pemegangnya. Segala tindakan penting mereka masih memerlukan restu perdana menteri dan kabinet.
Anggota kabinet Malaysia terdiri daripada majoriti orang Melayu dan beragama Islam, meskipun DAP memiliki kerusi parlimen kedua terbanyak dalam kalangan parti komponen PH.
Sebab itulah MCA menuduh DAP sebagai 'pak turut' Mahathir, iaitu kerana ketika memiliki anggota parlimen paling ramai, mereka tetap di bawah arahan orang Melayu.
Jadi cadangan Abdullah agar Mahathir membubarkan kerajaan adalah cadangan terdesak bagi melegakan Isma daripada 'panas punggung' sejak lapan bulan lalu.
Tetapi saya ada cadangan yang lebih baik buat beliau: bubarkan Isma.
Cadangan saya ini didasari beberapa sebab:
- Malaysia tidak memerlukan satu lagi gerakan berasaskan perkauman sempit. Ia sebuah negara bertunjangkan perpaduan kaum dan percaya bahawa kesetiaan rakyat adalah pada negara. 
Walaupun berbeza kaum dan agama, sikap toleransi dan saling menghormati dipertahankan.
- Malaysia tidak memerlukan penasihat tanpa tauliah untuk memberi tunjuk ajar perjalanan pentadbiran, apatah lagi idealisme Isma bertentangan dengan aspirasi Malaysia Baru.
Isma, kewujudanmu tidak memberi sedikit manfaat pun kepada negara.
- Isma bukanlah 'kuasa ketiga' kerana mereka berkongsi aspirasi sama dengan blok kedua parti politik di Malaysia, iaitu PAS dan Umno. Maka lebih baik Isma dibubarkan dan ahlinya beramai-ramai menyertai dua parti itu. Inilah semangat yang diperlukan jika mahu berpolitik.
- Isma pernah melalui PRU pada 2013 tetapi calon-calon mereka ditolak secara total dan hilang deposit. Pada 2018 pula, calon-calon yang ditentang Isma telah diterima rakyat Malaysia.
Ini menunjukkan suara dan fikrah Isma telah ditolak. Kehadirannya ibarat lalat - suka mencari tahi di taman bunga.
Banyak lagi sebab yang boleh diberikan mengapa Isma perlu dibubarkan demi negara tercinta. Tetapi cukuplah setakat ini. Saya harap ia mendapat pertimbangan Abdullah.

MUAMMAR QADDAFI MOHD NASIR merupakan pengarah komunikasi Pemuda Amanah Terengganu.
Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena