Monday 21 January 2019

[Video Cameron Highlands-Pilih Najib Ataupun Pilih Pakatan Harapan] Calon PRK Cameron akan debat di TV & Amat MALANG sekali Ramli (BN) enggan mengambil peluang ini? DAP buat laporan polis kenyataan Khalil Hadi yang didakwa fitnah.

Isnin, 21 Januari 2019
Foto Otai BERSIH.
Calon PRK Cameron akan debat di TV.
PRK CAMERON | Debat calon-calon yang bertanding kerusi parlimen ini akan disiarkan pada Rabu malam nanti. Dikatakan ia julung-julung kali diadakan di negara ini.
Debat itu anjuran gabungan reformasi pilihan raya, Bersih akan disiarkan secara langdung melalui saluran Astro Awani dan TV1 pada jam 9 malam.
Majlis debat itu berjudul "Apa perubahan yang diperlukan Cameron Highlands" dengan moderatornya felo kanan di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Faisal S Hazis.
Pengundi Cameron Highlands yang akan melaksanakan tanggungjawabnya pada Sabtu depan boleh menonton debat itu secara langsung di Hotel Heritage, Tanah Rata.
Calon yang bakal ikut serta ialah M Manogaran (Pakatan Harapan), Sallehuddin Ab Talib (bebas) dan Wong Seng Yee (bebas).
Calon BN Ramli Mohd Nor belum menyatakan komitmennya untuk menyertai debat itu.
Kemampuan wakil rakyat berhujah
Bersih menganjurkan debat ini dengan tujuan menyemai budaya baru yang positif untuk politik Malaysia, kata jurucakap kumpulan itu Thomas Fann.
"Debat merupakan cara yang baik kepada calon-calon untuk bercakap dengan penonton mengenai cadangan dasar mereka dan kefahaman mereka terhadap sentimen setempat.
"Orang ramai yang mengundi dan tidak mengundi juga boleh menilai sendiri calon- calon itu serta kemampuan mereka untuk berhujah, kriteria yang diperlukan untuk menjadi wakil rakyat.
"Dalam jangka panjang, mudah-mudahan ini akan memberi tekanan kepada pihak-pihak untuk mengemukakan calon yang lebih berkemampuan," katanya ketika dihubungi.
Keempat-empat calon dalam pilihan raya kecil kali ini dijemput untuk mengambil bahagian dalam majlis debat itu, katanya.
"Malang sekali Ramli enggan mengambil peluang ini. Kami tidak pasti mengapa tetapi ketidakhadiran beliau boleh mengundang tanggapan negatif oleh pengundi Cameron Highlands.
"Walau bagaimanapun, jemputan berkenaan masih terbuka sekiranya beliau mengubah fikirannya," katanya.
Sebarkan.

DAP buat laporan polis kenyataan Khalil Hadi yang didakwa fitnah

CAMERON HIGHLANDS: Ketua Pemuda DAP, Howard Lee membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands hari ini berikutan kenyataan fitnah dikeluarkan Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam ceramah di Kampung Keledek dekat Jelai malam tadi.
Howard yang juga Timbalan ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH),
berkata dalam ceramah itu, Muhammad Khalil yang juga anak kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang didakwa menuduh DAP mahu menggugurkan Islam sebagai agama rasmi negara.
“Beliau juga (Muhammad Khalil) tuduh, tohmah dan fitnah bahawa DAP dan PH hendak membuang institusi istana di negara kita, ini adalah satu tuduhan dan fitnah yang sangat serius dan saya berpendapat ia adalah melanggar Kanun Keseksaan Seksyen 499.
“Tujuan saya buat laporan polis adalah supaya perkara ini disiasat secara mendalam mengikut Kanun Keseksaan dan juga apa sahaja undang-undang berkenaan dan yang bersesuaian kerana ini mengundang kemarahan rakyat dan sengaja berniat jahat menanam kebencian terhadap parti memerintah iaitu PH dengan mengkhususkan DAP atas dasar dan sifat rasis,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas membuat laporan berkenaan di pekarangan IPD Cameron Highlands, hari ini.
Sidang media berkenaan turut dihadiri Pengerusi PKR Pahang yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.
Sebuah portal berita hari ini melaporkan, Muhammad Khalil dalam ceramahnya di Kampung Keledek mendakwa DAP mahu membuang Islam daripada agama rasmi negara ini selain turut mendakwa sejak mendapat kuasa parti itu mengganggu pelbagai institusi Islam dan raja.
Kampung Keledek adalah satu daripada tiga Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang dimenangi PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu selain PDM Sungai Koyan Satu dan Kota Raja.
Sementara itu, Fuziah berkata, PAS dan UMNO tidak sepatutnya menggunakan kenyataan sedemikian demi untuk memancing undi pada PRK kali ini.
“Sebagai Timbalan Menteri yang menjaga hal ehwal agama, saya ada hak untuk bercakap mengenai perkara ini, yang pertamanya kita mesti menjaga akhlak kita dan mesti menjaga perkataan kita, apabila kita nak mengata orang mereka tidak baik, kita kena tunjukkan terlebih dahulu bahawa kita adalah lebih baik.
“PH sentiasa menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan tidak akan mengubah Perlembagaan Persekutuan... ini adalah janji PH. Jadi mengapa mesti fitnah untuk mendapatkan undi, ini akhlak Melayu Islam yang jijik dan kotor dan harus ditolak pengundi,” katanya.
Fuziah berkata, PAS dan UMNO diingatkan supaya jangan bercakap mengenai Islam apabila mereka beranggapan mereka lebih suci kerana datang dari parti Melayu Islam.
Katanya, untuk itu, beliau turut menyokong usaha DAP membuat laporan polis bagi menyiasat perkara itu.
BH Online.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena