Berikut adalah antara lirik yang dibawakan Najib:
Inilah hari paling sedih dalam hidupku
Setelah tanggal 9 mei 2018
Aku disingkirkan
Selama ini aku berjuang
bermati-matian demi rakyat
Yang amat aku kasih dan sayang
Tapi apakan daya aku teraniaya
Dengan mainan Pakatan Harapan
Yang agendanya semata-mata
fitnah dan dendam
Namun aku berserah pada Tuhan
Agar diberi kekuatan untuk menyusun semula Barisan…
Untuk rekod beberapa hari lalu Najib mempopularkan ungkapan "Malu apa bossku" yang kini ditiru banyak pihak, termasuk yang diubah suai dengan maksud menyindir beliau.
'Selamat tinggal Najib, Rosmah'
Batu Belah Batu Bertangkup
Tapi apakan daya aku teraniaya, keluh Najib dalam lagu
Populariti Najib Razak - terutama di media sosial - kini sedang meningkat naik.
Selain aktif dengan pelbagai hantaran menyindir bekas perdana menteri itu juga nampaknya bangga dengan gelaran Raja Troll yang dipadankan padanya.
Kegemilangan itu dialami Najib ketika beliau sudah didakwa di mahkamah atas tuduhan jenayah rasuah dan salah guna kuasa.
Hari ini tular pula klip video pendek memparkan anggota parlimen Pekan itu menyanyikan sebuah lagu yang pernah popular pada era 1970-an dan 1980-an lalu.
Dijudulkan sebagai lagu Harapan, Najib membacakan bait-bait lirik lagu berkenaan dengan dikelilingi sejumlah anak muda dan mereka dipercayai berada dalam sebuah studio rakaman.
Melalui video tersebut, Najib mempersembahkan lagu yang antara liriknya menyentuh bagaimana beliau mendakwa difitnah dan dianiayai kerajaan PH.
Malu apa bossku
Kata Najib melalui lirik berkenaan, beliau mula merasai ‘penangan’ selepas PH mengambil alih kuasa daripada BN pada 9 Mei tahun lalu.
Harapan disadur daripada daripada lagu Inggeris Kiss and Say Goodbye, nyanyian kumpulan The Manhattans. Ia diterbitkan pada 1976.
Selain itu, irama tersebut pernah dikumandangkan oleh kumpulan dari Singapura, Black Dog Bone, yang menggubahnya menjadi lagu versi bahasa Melayu berjudul Hatiku Luka Lagi.
Malaysiakini.
0 comments:
Post a Comment