Sunday 20 January 2019

[Video PH lapor polis terhadap Lokman] Talian Aduan Pati Jabatan Imigresen Malaysia! Apapun pilihan peneroka Felda, k'jaan tetap berkhidmat - Azmin.

Ahad, 20 Januari 2019
Foto Otai BERSIH.
Sekiranya anda mempunyai maklumat tentang PATI, Sila buat aduan melalui saluran yang betul, Seperti yang tertera.
Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.

Pihak kami telah menjemput Saudara YB Dr Dzulkefly untuk mengambil peluang sementara di Sg Koyan melawat secara tidak rasmi Klinik Kesihatan Sg Koyan untuk melihat serba sedikit tentang cara-cara untuk membaiki infrastruktur klinik untuk kebaikan rakyat Sungai Koyan di DUN Jelai.

Apapun pilihan peneroka Felda, k'jaan tetap berkhidmat - Azmin

 Sama ada pilihan warga Felda berpihak kepada Pakatan Harapan ataupun Barisan Nasional pada 26 Januari ini, kerajaan persekutuan memberi jaminan untuk terus menjalankan tangugngjawab berkhidmat kepada mereka.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali berkata, sebarang keputusan yang dibuat akan pastikan bahawa pengurusan dan keputusan Felda tidak melibatkan individu politik dan akan dijalankan dengan profesional.
"Bukan tujuan saya untuk janji kepada peneroka Felda supaya mempengaruhi keputusan mereka di dalam pilihan raya.
"Apa-apa pun keputusan yang warga Felda buat di dalam pilihan raya, kerajaan sekarang akan tetap berkhidmat untuk Felda walaupun kita ada hutang RM8 bilion kita masih akan lihat kepada masalah perumahan, bantuan dan pendidikan" katanya.
Beliau berkata demikian ketika bertemu dengan pemilik projek perumahan terbengkalai di Felda Sungai Koyan, Jelai hari ini.
Hutang tak wajar beban peneroka
Selain berjanji untuk menyelesaikan masalah projek perumahan generasi baru Felda yang tergendala selama dua tahun, Azmin berkata kerajaan turut akan mencari penyelesaian masalah hutang Felda yang kini mencecah RM8 bilion.
Namun, jelasnya Putrajaya tidak merujuk kepada penghapusan hutang yang telah dipersetujui dalam kontrak tetapi hutang tidak wajar yang membebankan peneroka.
"Hutang tak wajar yang kita bincangkan ini sebagai contoh cadangan peneroka Felda guna baja-baja tempatan kerana baja import ini mahal dan mereka terpaksa menanggung beban hutang yang semakin membebankan. Itu mungkin kita boleh pertimbangkan.
"Kadar faedah yang dibayar mungkin kita rasa membebankan mereka kerana suasana ekonomi hari ini. Itu pun tertakluk kepada kewangan Felda.
"Kemudian penyelenggaraan jalan dalam ladang-ladang Felda di mana jalan-jalan pertanian ini diuruskan oleh Felda, kemudian terpaksa ditanggung oleh peneroka," katanya kepada pemberita selepas pertemuan bersama pemilik rumah.
Salah satu manifesto 10 janji kerajaan PH dalam tempoh 100 hari pertama mentadbir merupakan menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda.
"Tapi kalau hutang itu sebagai akar, kita sebagai orang Islam khususnya hutang kena bayar.
"Yang kita (PH) janjikan hutang-hutang yang tidak wajar. Itu memang termaktub dalam manifesto," katanya.   
mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena