Sunday, 23 April 2017

[Video 'Yang lama jangan kedekut, yang baru usah tamak'] Parti Najib akan dikuburkan? 'Jangan peduli pemimpin tidak hiraukan sampah'.

Ahad, 23 April 2017
Foto Otai BERSIH.
Siapa setuju...?
Foto Suara Rakyat.
Tugas kerajaan uruskan harta negara untuk permudahkan hidup rakyat.

Tetapi sebaliknya berlaku, kerajaan yang susahkan hidup rakyat dengan bebanan kenaikan harga barang melampau, kos sara hidup tinggi disebabkan polisi yang salah, GST, rasuah dan tadbir urus yang lemah.

BILA RAKYAT HIDUP SUSAH, RAKYAT PULA NAK DIPERSALAHKANNYA ??!

'Jangan peduli pemimpin tidak hiraukan sampah'

Hazmi rakam pengurusan sampah yang teruk di Kota Bharu
Masalah pengurusan sampah yang teruk di bandar Kota Bharu perlu terus dibangkitkan orang ramai kerana hal ini bukan perkara kecil.
"Jangan ambil peduli sanggahan seorang pemimpin Kelantan yang mengutuk mereka yang bangkitkan hal ini," kata ketua Pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan yang merujuk kepada timbalan menteri besar, Datuk Mohd Amar Abdullah.
Mohd Amar kecam mereka yang hanya nampak sampah di Kota BharuMohd Amar kecam mereka yang hanya nampak sampah di Kota Bharu
Mohd Amar ketika berkuliah di Kota Bharu Jumaat lalu dipetik sebagai mengutuk mereka yang memberi fokus kepada masalah sampah tidak terurus di bandar itu.

"Sebesar-sebesar bandar Kota Bharu, sampah yang dia nampak.
"Orang macam inilah yang disebut ada mata tidak mahu melihat, ada telinga tidak mahu mendengar dan ada otak tidak mahu berfikir.
"Orang macam ini tempatnya di neraka," katanya dalam rakaman yang tular di media sosial.
Secara kebetulan pada pagi Jumaat itu, naib presiden Amanah, Datuk Husam Musa sedang menyertai gotong royong membersih kawasan di kawasan penduduk daif tidak jauh dari tempat kuliah itu.
Husam sertai gotong royong kebersihan di Kota Bharu Husam sertai gotong royong kebersihan di Kota Bharu
Hazmi dalam satu kenyataan menyeru kepada anak Kelantan yang pulang bercuti ke kampung menunjukkan rasa tidak puas hati kepada Kerajaan Kelantan berhubung isu sampah.
"Tidak sepatutnya orang nombor dua dalam Kerajaan Kelantan memperlekeh rakyat yang menegur isu sampah.
"Jom ambil gambar atau video dan sebarkan ke alam maya bagi menunjukkan perasaan anak Kelantan yang benci kekotaran," katanya.
Keindahan dan kebersihan katanya adalah budaya Islam orang milik rakyat Kelantan.
"Sikap itu perlu dibudayakan dan pimpinan yang tidak ada sikap itu, perlu ditolak," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena