Saturday 15 April 2017

[Video TERBONGKAR!! Duit Kerajaan Terengganu Dipinjamkan Senyap-Senyap Kpd Perak] Penggabungan PAS & UMNO Terus Teranglah Kepada Rakyat! Bila la Pas nak SAMAN Rafizi?

Ahad, 16 April 2017

Foto Rafizi Ramli.
Nampak gayanya, sekali lagi PAS janji nak saman, tp tak akan saman.

Dulu, PAS janji nak saman SR tak sampai sebulan. Terbukti PAS menyalahi janji. Sampai sekarang tak saman2 lagi.

Dulu, PAS janji nak saman husam. Terbukti, PAS menyalahi janji. Sampai sekarang tak saman2.
Terbaru, pendedahan Rafizi, PAS kelihatan tarik tali untuk nak saman.
POSTED BY TUKAR TIUB
ADAKAH PENDIRIAN PESURUHJAYA PAS PERAK UNTUK PAS MEMBENTUK KERAJAAN PERSEKUTUAN BERSAMA UMNO PENDIRIAN PAS PUSAT?
Saya menerima banyak panggilan sejak pagi tadi mengenai satu perkongsian pagi ini oleh Haji Razman Zakaria, Pesuruhjaya PAS Perak yang diketahui rapat dengan YB Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.
Perkongsian ini melalui status Facebook beliau yang dinaikkan sekitar jam 9 pagi masih lagi berada di laman Facebook beliau sehingga kenyataan media ini ditulis jam 1214 tengahari ini.
Perkongsian itu sudah tentu menimbulkan keresahan kerana ia mengiyakan kebimbangan sebahagian besar rakyat Malaysia bahawa ada anasir di dalam kepimpinan PAS sekarang yang masih berangan-angan untuk bergabung dengan UMNO (sama ada secara langsung atau melalui muslihat halus) dan mengambil alih Putrajaya melalui kerjasama sulit ini.
Apatah lagi bilangan kerusi parlimen sebanyak 80 kerusi itu sama banyak dengan pengumuman terkini pimpinan terkanan PAS bahawa parti itu berkehendakkan untuk bertanding 80 kerusi Parlimen di seluruh Malaysia. Apabila ditambah dengan ucapan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sendiri sebelum ini yang menjadi tular tentang keinginan PAS untuk menguasai 5 buah negeri dan “membenarkan” UMNO berkuasa di negeri-negeri lain; kepimpinan PAS tidak lagi boleh membuat tidak endah kerisauan rakyat mengenai sikap PAS kepada UMNO.
Jika perkongsian mengenai penggabungan PAS dan UMNO itu ditulis oleh seorang ketua cawangan PAS, ia tidaklah sangat dihiraukan kerana ia mungkin pandangan picisan. Namun, apabila ia dikongsi secara terbuka oleh seorang Pesuruhjaya PAS di negeri penting yang ingin dikuasai oleh PAS seperti yang diumumkan oleh Presiden PAS sendiri, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menimbulkan perkara ini supaya ada jawapan yang jelas dari pimpinan PAS Pusat.
Sebab itu saya secara terbuka tampil dengan peringatan kepada Dato’ Seri Hadi Awang mengenai dana 1MDB yang mengalir dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib kepada seorang tokoh bekas pimpinan kanan PAS yang dilihat membawa agenda Kerajaan Perpaduan di antara PAS dan UMNO sejak bertahun-tahun lamanya.
Perkongsian di status Facebook oleh Pesuruhjaya PAS Perak pada hari ini menimbulkan suasana mendesak supaya kepimpinan PAS Pusat membuat pendirian rasmi mengenai perkara ini:
1. Jika benar PAS mempunyai strategi untuk bekerjasama dengan UMNO (sama ada secara terang-terang atau halus), maka berterus teranglah kepada rakyat dan KEADILAN supaya mudah untuk rakyat menghakimi parti-parti politik di peti undi nanti
2. Jika PAS langsung tidak berniat sedemikian dan perkongsian Pesuruhjaya PAS Perak itu hanya strategi peribadi beliau, maka wajarlah beliau diambil tindakan segera kerana “angan-angan” beliau itu boleh mendatangkan fitnah yang besar kepada PAS

Saya akan menamakan tokoh bekas pimpinan PAS yang menerima dana 1MDB dari akaun peribadi Dato’ Seri Najib yang disiasat dalam satu sidang media pada jam 1 tengahari esok (Khamis, 13 April 2017) yang akan disiarkan secara #FBLive di laman Facebook saya.
Pada hari Jumaat, 14 April 2017 jam 11 pagi saya akan membuat laporan SPRM bersama-sama dengan maklumat yang saya perolehi di Ibupejabat SPRM, Putrajaya.
Saya serahkan segala-galanya kepada Allah SWT dan rakyat Malaysia untuk menghakimi tindakan saya kerana niat saya adalah jelas: rakyat berhak mendapat maklumat yang jujur mengenai niat dan kedudukan setiap parti politik berhubung penyelewengan negara seperti skandal 1MDB agar mereka dapat membuat keputusan di peti undi secara adil.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena