Saturday 15 April 2017

[Video Terkini! Ceramah Perdana PH Slow Macang] Mana Harga Siling Minyak? Minyak Pulak NAIK Setiap Minggu!

Ahad, 16 April 2017


Foto Rafizi Ramli.

MANA HARGA SILINGNYA DAN KEMBALIKAN PENDAPATAN LUAR JANGKA MINYAK SEBAGAI SUBSIDI, BUKAN BUAT “RUANG BERNAFAS”
Kenaikan harga minyak mingguan disambut dengan satu kenyataan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang memberi gambaran Kerajaan Persekutuan benar-benar mendapat keuntungan dari pendapatan luar jangka akibat kenaikan harga minyak mentah dunia yang mendadak.
Saya rujuk kenyataan Tan Sri Irwan Siregar Abdullah, Ketua Setiausaha Perbendaharaan yang dilaporkan oleh BERNAMA semalam yang intipatinya boleh dirumuskan seperti berikut:
1. Pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan beberapa perbelanjaan pembangunan baru (melalui projek-projek baru) yang menjadi landasan kepada dasar-dasar Transformasi Nasional 2050 (TN50)
2. Kerajaan Persekutuan mempunyai lebih “ruang fiskal” (iaitu pendapatan lebih) kerana harga minyak yang digunapakai untuk menentukan peruntukan bagi setiap kementerian adalah pada jangkaan USD45 setong, tetapi pendapatan sebenar Kerajaan Persekutuan adalah lebih tinggi kerana harga sebenar minyak mentah pada 4 bulan pertama 2017 adalah USD54 setong
3. Hasil dari pendapatan luar jangka ini, Kerajaan Persekutuan akan memberi peruntukan tambahan kepada beberapa kementerian yang dipotong peruntukannya sebelum ini
Kenyataan beliau itu mengesahkan pendirian saya bahawa pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak telah mendapat durian runtuh dalam bentuk hasil luar jangka akibat kenaikan harga minyak mentah dunia. Malah, anggaran saya jumlah hasil luar jangka itu mencecah RM24 juta sehari sejak Januari 2017 dan boleh mencecah sejumlah RM9 bilion bagi tahun 2017 jika harga kekal pada paras purata USD55 setong.
Sebab itu saya telah menyuarakan betapa perlunya Dato’ Seri Najib membentangkan kepada Parlimen rancangan beliau untuk mengagihkan kembali hasil luar jangka ini secara adil kepada rakyat.
Kenyataan Tan Sri Irwan Siregar Abdullah semalam mengesahkan kebimbangan saya selama ini bahawa hasil luar jangka yang besar ini dibelanjakan senyap-senyap tanpa mengalir kembali kepada rakyat.
Suasana harga minyak mentah dunia yang akan kekal mahal mendesak supaya satu dasar yang khusus digubal untuk mengawal harga petrol dan diesel (serta barang keperluan lain yang banyak dipengaruhi oleh kos bahan api seperti petrol dan diesel) agar rakyat tidak terus terbeban.
Pentadbiran Dato’ Seri Najib mengumumkan penggunaan harga siling yang bertukar secara mingguan bagi tujuan membantu rakyat menangani kenaikan harga minyak.
Secara ekonominya, kaedah harga siling diguna pakai agar harga barang keperluan utama tidak melebihi sesuatu paras bagi tujuan mengelakkan bebanan yang tinggi kepada rakyat. Malangnya, setelah dua minggu harga minyak disemak di bawah dasar harga siling mingguan, saya masih tertanya-tanya yang mana satu harga silingnya kerana harga petrol dan diesel terus meningkat seolah-olah paras siling (kenaikan harga minyak) adalah langit!
Jika benar Kerajaan Persekutuan mengamalkan kaedah harga siling, maka tentukan harga siling itu dan harga tidak boleh melepasi harga siling itu walaupun harga minyak mentah naik. Yang berlaku sekarang ialah “harga siling” hanyalah harga petrol dan diesel yang diumumkan Kerajaan Persekutuan tanpa satu sen pun subsidi, lalu harganya kekal naik tiap-tiap minggu.
Oleh itu, saya mengulangi saranan saya supaya Dato’ Seri Najib menguruskan hasil luar jangka yang berjumlah RM24 juta sehari itu dengan lebih telus seperti berikut:
1. Ia tidak boleh digunakan untuk projek-projek baru yang tidak diperlukan dan mengkayakan kroni
2. Sebahagiannya perlu dikembalikan dalam bentuk subsidi minyak yang dinikmati semua rakyat Malaysia; barulah kaedah penetapan harga siling bermakna
3. Ia tidak boleh diperuntukkan kembali kepada Perdana Menteri atau Jabatan Perdana Menteri kerana peruntukan beliau tidak dipotong dalam Bajet 2017

Saya akan mencadangkan satu rangka dasar mengenai subsidi minyak dan bahan keperluan yang lebih cekap (untuk mengurangkan ketirisan) dalam satu majlis makan malam di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 15 April 2017 bermula jam 8 malam.
Saya juga akan terus memantau pergerakan harga minyak dan memberi panduan lebih awal kepada pengguna untuk mengelakkan tertekan dengan kenaikan harga minyak yang berterusan.

RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena