Saturday, 14 September 2013

JK khas kaji dakwaan guru bayar untuk pertukaran - Pembayaran melalui 'Orang Tengah'...Aik!!! Ada BROKER Pulak...

Sabtu, 14 September 2013
JK khas kaji dakwaan guru bayar untuk pertukaran
www.malaysiamerdeka.gov.my
logo merdeka 56 2013 1 gambar logo hari kemerdekaan 2013 ke 56 dan tema
Gambar hiasan: Berita Harian - Guru SK Balar bersemangat mengajar di pedalaman/bharian.com.my
Kementerian Pendidikan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dengan terperinci dakwaan guru membuat pembayaran melalui orang tengah untuk tujuan pertukaran.
  
Jawatankuasa itu ditubuhkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, menurut kenyataan kementerian itu yang dikeluarkan hari ini.
  
Kenyataan itu menyebut Kementerian Pendidikan amat memandang serius terhadap dakwaan ada guru ingin bertukar menggunakan orang tengah dengan syarat membayar sejumlah wang bagi maksud pertukaran itu.
  
Kenyataan itu dibuat berikutan laporan sebuah akhbar tempatan pada Isnin lepas mengenai dakwaan di sebuah laman web bahawa wujud pihak yang membuat pembayaran melalui orang tengah setelah kecewa permohonan untuk pertukaran tidak berjaya.
  
Menurut Kementerian Pendidikan, mengikut prosedur pertukaran guru yang ditetapkan, sebarang pertukaran dibuat berdasarkan beberapa kriteria utama, termasuk keperluan perkhidmatan, opsyen atau mata pelajaran dan kekosongan di negeri yang dipohon.
  
Selain itu, terdapat juga isu lain yang diberi pertimbangan antaranya faktor kesihatan yang kronik dan ancaman keselamatan terhadap guru yang memohon.
  
Dalam hal ini juga, kementerian telah mengambil beberapa langkah tambahan lebih telus dan terbuka, menurut kenyataan itu.
  
Sehubungan itu, guru yang tidak berpuas hati, termasuk yang ingin merayu terhadap permohonan, boleh terus datang berbincang secara bersemuka dengan pegawai yang terlibat, termasuk Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian.
- Bernama
Bakal Guru Yang Sedang Menyerlah / bakalguru2012.blogspot.com
Apakah Wajar Elaun Pedalaman Ditambah / Kulanz Salleh Blog

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena