Syed Rosli ibaratkan kepimpinan Pemuda UMNO seperti 'warga Bangla'
Published on Sep 20, 2013
Seorang daripada calon jawatan Ketua Pemuda Umno memulakan kempennya hari ini dengan mengkritik kepimpinan sedia ada pergerakan itu yang diibaratkannya seperti "warganegara Bangladesh kerana tidak pernah bersekolah di Malaysia".
Lima termasuk Khairy rebut jawatan Ketua Pemuda
Khairy yang mempertahankan jawatan Ketua Pemuda...
Syed Rosli berkata beliau menawarkan diri bertanding jawatan itu bagi memperjuangkan nasib masyarakat
Akhramsyah pula berjanji membawa perubahan dari segi gerak kerja sayap bagi memastikan golongan muda dibela, jika dipilih sebagai ketua pergerakan itu
Karim pula berkata beliau menawarkan diri bertanding berikutan jurang antara pimpinan atas pergerakan dan akar umbi semakin ketara.
Irwan Ambak pula akan memberikan kenyataannya pada Selasa depan selepas pengumuman senarai rasmi calon bertanding.
Selain Khairy yang mempertahankan jawatan Ketua Pemuda, empat lain yang menawarkan diri merebut jawatan itu ialah Penolong Setiausaha Pemuda Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Pandan Syed Rosli Syed Harman Jamallulail, Ketua Pemuda Cawangan Bendang Baru, Langkawi Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok Abd Karim Ali serta Ketua Pemuda Umno Cawangan Bukit Setiawangsa Irwan Ambak Khalid Izhar.
Pengumuman mengenainya dibuat Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selepas tempoh penyerahan borang pencalonan tamat 5 petang di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Dalam pemilihan Umno 2009, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berdepan saingan tiga penjuru dengan Datuk Mukhriz Mahathir yang kini Menteri Besar Kedah dan bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo untuk jawatan utama pergerakan itu.
- Bernama
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengharapkan agar perwakilan parti berkenaan dapat memilih untuk mengekalkan beliau sebagai pemimpin muda sayap parti Melayu itu untuk sepenggal lagi ketika pemilihan nanti.
Khairy dalam kenyataannya berkata, pertandingan lima penjuru yang bakal dihadapinya juga selari dengan transformasi yang dilaungkan parti dominan dalam Barisan Nasional (BN) itu.
"Saya mengharapkan para perwakilan untuk terus memberi sokongan kepada saya selama sepenggal lagi bagi meneruskan beberapa misi saya dalam sayap yang belum terlaksana," katanya dalam kenyataan tersebut.
Proses pencalonan yang berakhir hari ini menyaksikan Khairy, yang juga ahli Parlimen Rembau dicabar empat lagi calon iaitu Ketua Pemuda Umno Cawangan Bukit Setiawangsa, Irwan Ambak dan Ketua Cawangan Umno Bendang Baru, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi.
Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail dan bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok, Abdul Karim Ali juga turut sah akan bertanding menentang Khairy.
Pencabar Khairy, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, 37, hari ini melabel pemimpin yang tidak pernah "bersekolah" di Malaysia, tetapi ingin memperjuangkan komuniti Melayu adalah ibarat Bangla.
Beliau yang mengakui mempunyai kelebihan bersekolah di dalam negara menegaskan, hanya mereka yang membesar di dalam negara memahami perjuangan mempertahankan Melayu.
"Di kalangan pemimpin yang ada, mereka tidak bersekolah di Malaysia pun, dia ibarat macam bangla datang, umur 20 tahun datang Malaysia, nak cerita perjuangan Melayu, dia berjuang apa? Dia tak pernah bersekolah di Malaysia pun.
Sedakasejahtera.
0 comments:
Post a Comment