Saturday 21 September 2013

Calon Ketua Pemuda Umno gelar KJ “Bangla”...Apa Nak Heran - Lembah Klang ‘port’ warga asing...

Sabtu, 21 September 2013

TUKAR TIUB
Penentang gelar KJ “Bangla” kerana tidak bersekolah di Malaysia
Penentang Khairy Jamaluddin Abu Bakar bagi jawatan Ketua Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, 37, hari ini melabel pemimpin yang tidak pernah "bersekolah" di Malaysia itu, tetapi ingin memperjuangkan komuniti Melayu "ibarat Bangla", merujuk kepada warga Bangladesh.
Beliau mengakui mempunyai kelebihan kerana bersekolah di dalam negara dan berkata, hanya mereka yang membesar dalam negara memahami perjuangan mempertahankan Melayu.
"Di kalangan pemimpin yang ada, mereka tidak bersekolah di Malaysia pun, dia ibarat macam Bangla datang, umur 20 tahun datang Malaysia, hendak cerita perjuangan Melayu, dia berjuang apa? Dia tidak pernah bersekolah di Malaysia pun.
DICATAT OLEH TUKAR TIUB PADA 4:30:00 PTG
Pelancong asing pun dapat baju Patriot memalukan!


Apa yang jelas Perhimpunan bodoh Patriot (sebut Pakturot) gagal mendapat sokongan rakyat. Mereka sekadar berjaya membawa pencacai upahan dan warga asing yang tertipu turun berhimpun tak sampai satu jam pun. BERSIH 2.0 langsung tak rasa tergugat, bagaikan harimau digigit anak cicak, calar pun tidak apatah lagi luka berdarah?

PERKASA jangan ditanyalah, bayang pun tak nampak Bapak Katak menyorok bawah tempurung kot...

ReJaM© "Hari ini guna warga asing, lain hari gadai negara pula kepada orang asing..."
Read more: http://milosuam.blogspot.com
Khairy dianggap sebagai 'Bangla' dan amalkan rasuah?

Seorang daripada calon jawatan Ketua Pemuda Umno memulakan kempennya hari ini dengan mengkritik kepimpinan sedia ada pergerakan itu yang diibaratkannya seperti "warganegara Bangladesh kerana tidak pernah bersekolah di Malaysia".  

Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Selangor, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail tanpa menamakan sesiapa, membuat kenyataan itu selepas menyerahkan borang pencalonannya pagi tadi.

Menurutnya, pemimpin pergerakan itu sekarang tidak pernah bersekolah di Malaysia menyebabkan mereka tiada asas dalam memahami perjuangan bangsa.

"Untuk memahami perjuangan bangsa, kita perlu secara asasnya mengalaminya sendiri. "Jikalau kita tidak pernah membesar dan bersekolah di Malaysia, bagaimana kita hendak faham perjuangan Melayu, agama, bangsa dan negara?

"Di kalangan pemimpin yang ada, mereka tidak bersekolah di Malaysia pun," katanya.

"Dia ibarat macam Bangla datang (ke sini), umur 20 tahun datang Malaysia, nak cerita perjuangan Melayu, dia berjuang apa? "Dia tak pernah bersekolah di Malaysia pun," katanya kepada pemberita.  

Beliau turut mencuri perhatian ramai apabila bersumpah atas nama Allah tidak akan terlibat dengan rasuah sebaik selesai menyerahkan borang pencalonannya.

"Demi Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah, saya bersumpah tidak akan terlibat atau membenarkan amalan rasuah, salahguna kuasa atau politik wang jika saya dipilih sebagai ketua pemuda," katanya kepada pemberita.

Sehingga kini, jawatan ketua pemuda Umno sah akan direbut tiga orang melibatkan penyandang, Khairy Jamaluddin, Akhramsyah Sanusi Junid, dan Syed Rosli. Seorang lagi yang telah menyatakan hasratnya,

Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok, Karim Ali masih belum menyerahkan borangnya.
~ Malaysiakini/Posted by Anak Sungai Derhaka at Saturday, September 21, 2013 

Lembah Klang ‘port’ warga asing
warga asing kuala lumpur
Rangkuman intipati X-Klusif.

SHAH ALAM – Isu lambakan warga asing di negara ini bukanlah baru malah ia kian menghantui rakyat negara ini apabila mereka telah mendominasi kawasan – kawasan tertentu menjadikannya perkampungan mini.

Di beberapa kawasan di Lembah Klang , warga asing iaitu daripada Indonesia, Bangladesh, Kemboja, Myanmar, Afrika dan lain – lain yang kita sendiri tidak pasti statusnya sama ada pendatang tanpa izin, pemegang permit masuk yang sah atau pemilik taraf pemastautin tetap (PR).

Laporan Sinar Harian Rabu lalu mendedahkan beberapa kawasan di Lembah Klang antaranya di Kampung Pandan Dalam, Ampang; Kampung Baru Sungai Buloh; Kampung Kubu Gajah, Paya Jaras; sekitar Selayang, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur di mana kelompok warga asing telah mendominasi kawasan tersebut.
Laporan tinjauan Sinar Harian tersebut mendedahkan  warga asing telah menjadikan kawasan tersebut sebagai perkampungan mini   umpama berada di negara kelahiran sendiri dan kebal dengan undang- undang.

Di kawasan tersebut, mereka   bebas menjalankan aktiviti seharian seperti mempunyai kedai runcit, pasar pagi, kedai makan, serta  ditadbir oleh ketua  kawasan  dari bangsa mereka tanpa sekatan undang-undang.

Malah lebih membimbangkan, kawasan- kawasan tersebut sudah lama diduduki oleh mereka malah ada yang sudah beranak pinak di negara ini.

Di Ampang, gerai  bawah jejambat yang dipercayai diusahakan oleh warga asing menjadi tumpuan . Bukan sahaja menghidangkan pelbagai menu enak negara seberang seperti ayam penyet dan bakso, malah ia menjadi pusat pertemuan warga Indonesia untuk berehat dan berborak dengan rakan- rakan terutamanya pada hujung minggu memang tidak ubah seperti mini Jakarta.

Tinjauan Sinar Harian juga mendapati gerai itu dijadikan pusat sehenti kerana turut mempromosi khidmat kiriman wang ke Indonesia.

Di kawasan berdekatan juga kelihatan mereka bebas menjalankan perniagaan di dalam rumah kediaman.

Di Kampung Baru Sungai Buloh turut tidak terlepas daripada monopoli warga asing yang kebanyakannya berasal dari Bangladesh dan Indonesia.

Warga Kemboja pula dilihat mendominasi Kampung Kubu Gajah, Paya Jaras dan difahamkan mereka bebas membuka perniagaan untuk memudahkan masyarakat dari perkampungan mini itu membeli barang keperluan harian.

Selain berani berniaga di kawasan monopoli kelompok mereka. Mengambil contoh di Chow Kit,  warga asing juga kini sudah mendominasi perniagaan, sama ada mereka adalah pekerja ataupun pemilik perniagaan sukar dibezakan.

Lambakan warga asing ini meresahkan rakyat tempatan kerana secara tidak langsung ia membabitkan soal keselamatan, menutup peluang perniagaan warga tempatan.
Sinar Harian/Posted by Kedah Lanie at 5:00 PM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena