Friday, 13 September 2013

Formasi Kepimpinan PAS : "Trio Formasi" yang menggandingkan Ulama' , Profesional dan Aktivis yang haraki! - Ust Nasrudin (DPPM)

Sabtu, 14 September 2013
Photo: Formasi  Kepimpinan PAS

1. Saya telah ditanya wartawan Sinar Harian : Apakah ustaz setuju Timbalan Presiden adalah dari kalangan ulama' ?

Saya jawab, Ya ! Saya setuju. Tetapi ulama' yang haraki. Ulama' yang perform dan ulama' yang benar - benar menguasai dasar , prinsip dan manhaj perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Bukan ulama' as Suu' [buruk sikap]

2. Saya bina pandangan ini tanpa menafikan hak sesiapa. Sementelah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat juga telah menyebut bahawa "semua ahli PAS adalah ulama'. Semua ahli PAS adalah orang ulama'. Membezakan mereka ialah tinggi rendah penguasaan ilmu Islam mereka."   Maka tiada siapa yang terjejas dan tiada siapa yang perlu terasa panas dengan kenyataan saya. Saya tidak  memburukkan sesiapa. Saya menyatakan pandangan saya. Suatu pandangan yang boleh diterima dan boleh ditolak selama mana penerimaan dan penolakan itu bersandarkan hujjah yang benar.

3. Saya konsisten sejak awal meletakkan Formasi Kepimpinan PAS adalah "Trio Formasi" yang menggandingkan Ulama' , Profesional dan Aktivis. Malah saya pernah menyifatkan trio ini sebagai 3 tungku yang menjadi pengimbang kepada keutuhan dan kestabilan formasi kepimpinam PAS.  Ulama' , Profesional dan aktivis mestilah saling kukuh mengukuh bukan runtuh meruntuh,  saling bina membina bukan hina menghina dan saling bentuk membentuk bukan kutuk mengutuk.

4. Saya tidak pernah membantah dan menghalang hasrat sesiapa jua untuk menyertai pemilihan kepimpinan parti justeru itu adalah hak mereka masing - masing selama mana mereka layak menyertainya. Malah saya sendiri tidak pernah menolak apa lagi menghalang siapa jua yang mahu menyertai pemilihan posisi ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. 

5. Justeru saya yakin bahawa ahli PAS mahupun pemuda akan membuat pilihan yang baik dan tepat untuk kebaikan parti. Mungkin saya tidak terpilih malah mungkin tiada pencalonan pun. Segalanya hak anggota jamaah dan mereka telah dididik untuk bijak dan benar memilih mengikut skima yang diajar oleh Islam.

6. Sekiranya wartawan itu atau siapa jua yang bertanya: "apakah ustaz bersetuju profesional menjadi timbalan presiden ? " Nescaya saya juga akan menjawab : Ya ! Saya setuju. Tetapi profesional yang haraki. Profesional yang perform dan profesional yang benar - benar mendalami dan  menguasai dasar, prinsip dan manhaj perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Bukan profesional yang jahil tentang Islam.

7. Ulama' atau profesional atau aktivis mestilah memiliki kriteria layak sebelum menjadi pemimpin jamaah. Asas utama kelayakan itu ialah ilmu Islam lantaran perjuangan yang kita dokong ini adalah perjuangan Islam. Sangat tidak munasabah jika perjuangan Islam ini dipimpin oleh mereka yang tidak memahami dan mendalami manhaj perjuangan Islam. Apatah lagi yang menyanggahi  nas dan ketetapan syara'.

8. Kita mahu pemimpin yang memelihara asolah [ketulenan] manhaj perjuangan Islam warisan peninggalan Rasulullah saw. kerana PAS adalah Parti Islam Se Malaysia  dan ia menepati sebuah Gerakan Islam yang berjuang untuk mendaulatkan syariat Islam di atas tanahair tercinta ini. Tentu sahaja kita tidak mahu mereka yang membawa pengaruh negatif apalagi menodai ketulenan manhaj perjuangan Islam biarpun ia datang atas nama pembaharuan. Pembaharuan tidak semuanya betul sebagaimana tradisional tidak semuanya salah.

9. Posisi dalam parti ini banyak, bukan hanya posisi sebagai presiden dan timbalan presiden. Paling penting kesepaduan, kesefahaman dan keseimbangan trio formasi kepimpinan ini terus dipelihara dan dipertahankan. PAS bergerak secara kolektif atau jamaei.

10. Usahlah semuanya bimbang. Pasti ahli PAS memilih dengan betul dan tepat berasaskan apa yang diajar oleh Islam. Mereka tentunya sedar dan faham mengenai dosa pahala. Tidak perlu kita merendahkan nilai keintelektualan anggota parti. Hanya saya berpandangan bahawa 

a - pemimpin parti Islam ini mestilah yang mendalami dan menguasai ilmu Islam, bertaqwa dan dekat dengan Allah swt pula perform dalam melaksanakan tugasnya sebagai pemimpin. 

b- Mampu membaca gerak musuh yang menentang Islam serta bijak mengesan tindakan anggota parti yang merugikan Islam. 

c - Memahami uslub dakwah dan menguasai approach politik semasa dalam kerangka atau frame al Quranil Karim dan sunnah An Nabawi dengan sifat kontemporary pada tindakan, fundamental pada pegangan dan futuristik pada pemikiran.

maka berasaskan pandangan itu , saya  meletakkan keutamaan dan kesesuaian kepada alim ulama' kita yang berjuang untuk mengisi posisi dua kepimpinan tertinggi tanpa menafikan kelayakan profesional dan aktivis dalam parti, sementara profesional dan aktivis adalah rakan ganding yang mantap untuk mengisi posisi - posisi yang sesuai pula bagi membentuk formasi hebat membawa parti berjaya dan memenangi PRU akan datang sekaligus berjaya mendaulat dan menobatkan Islam di atas tanahair tercinta.
Formasi Kepimpinan PAS
"Trio Formasi" yang menggandingkan Ulama' , Profesional dan Aktivis

Fb Nasrudin Hassan.
Photo: Ni baru naik 20 sen .....

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena