Sunday 15 September 2013

PAS dalam PR TAK RUGI :Kerjasama Pas dengan PR adalah misi sebenar parti, tegas Nik Aziz

Isnin, 16 September 2013
Nik Abdul Aziz juga turut mengucapkan tahniah kepada ulama yang bermultaqa, semalam


SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan keberadaan parti itu di dalam PR bukan satu kesilapan sekaligus merugikan.

Menurutnya, keputusan Pas bekerjasama dengan PKR dan parti dalam PR telah membawa parti itu ke depan dalam pentas politik negara.

Beliau berkata, Pas juga berjaya mempersembahkan Islam dengan baik kepada orang bukan muslim berbanding Umno melalui kerjasama dengan PR.

"Saya melihat keputusan ini tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa Pas ke hadapan pentas politik di Malaysia.

"Lebih bermakna daripada itu, Pas berjaya mempersembahkan Islam kepada bukan Muslim dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh Umno," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, hari ini.

Tambahnya, kerjasama Pas dengan PR adalah misi sebenar parti itu.

"Di sinilah letaknya misi sebenar Pas di dalam PR.

"Benar, kita ingin memburu kemenangan di dalam pilihan raya, tetapi juga perlu diingat Pas sebagai gerakan Islam juga memikul tanggungjawab dakwah yang besar di pentas politik," katanya.

Semalam, resolusi Mulataqa Ulama Pas meluluskan supaya Pas melihat semula kerjasama politik bersama pakatan pembangkang serta menyarankan agar negeri-negeri yang ditadbir pembangkang memberi ruang munasabah kepada ulama haraki Pas.

Mulataqa juga mahu ulama haraki Pas mengukuhkan gerak kerja menghadapi dan menangani pemikiran yang merosakkan umat Islam.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, langkah ia wajar berikutan kebelakangan ini berlaku pelbagai perkara yang melemahkan Pas selain merosakkan hubungan dalam tahaluf siyasi itu sendiri.

"Saya harap Pas Pusat segera menubuhkan jawatankuasa khas untuk kaji dan menilai semual kemerosotan sokongan pengundi Melayu terhadap Pas termasuk Tahaaluf Siyaasi terutama dengan PR sejauh mana ia menguntungkan Pas," katanya.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan berkata, kajian semula tahaluf siyasi yang diumumkan Harun adalah keputusan kolektif pimpinan Pas yang diperkuatkan melalui muktamar tahunan yang berlangsung selepas PRU 2008.

Nik Abdul Aziz juga turut mengucapkan tahniah kepada ulama yang bermultaqa, semalam.

"Tahniah kepada para ulama yang bermultaqa semalam.

"Harapan saya agar ia dapat menguatkan iltizam kita semua di dalam memperkukuhkan Pas sebagai parti politik yang berdasarkan Islam," katanya lagi.

Posted by zbh2663 Muhajirin at 10:41 PM

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena