Tuesday, 17 September 2013

Najib: Jangan bawa pulang mayat Chin Peng & 'Chin Peng dah mati, yang sudah itu sudahlah' - Anwar

Selasa, 17 September 2013
Bekas ketua komunis yang meninggal dunia di Bangkok semalam akan diingati sebagai pemimpin pengganas...
Najib: Jangan bawa pulang mayat Chin Peng!...Anwar: 'Chin Peng dah mati, yang sudah itu sudahlah'  
Pemimpin pengganas yang hidup dalam buangan di Thailand itu pernah membuat permohonan untuk pulang ke Malaysia, namun ditolak...
Najib: Jangan bawa pulang mayat Chin Peng...

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata  kerajaan tidak akan mempertimbang sebarang permintaan daripada anggota keluarga Chin Peng supaya mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya itu dibawa pulang ke negara ini untuk urusan pengebumian.
Perdana Menteri berkata bekas ketua komunis yang meninggal dunia di Bangkok semalam akan diingati sebagai pemimpin pengganas yang terlibat melakukan pelbagai kekejaman terhadap rakyat dan serangan ke atas pasukan keselamatan.

Justeru, beliau menegaskan kerajaan tidak akan terlibat dalam urusan pengebumian bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu sama ada di negara ini atau di Thailand.

"Kita tidak akan benarkan mendiang dikebumikan di Malaysia sebab sejarah hitam yang dia lakukan. Tambahan lagi Chin Peng bukan warganegara Malaysia.

"Dia tidak mahu jadi warganegara Malaysia, jadi kita tidak ada apa-apa ikatan dengannya sama sekali," kata Najib pada sidang akhbar di Kota Kinabalu ketika ditanya sama ada beliau akan mempertimbang sekiranya anggota keluarga Chin Peng memohon untuk melakukan urusan pengebumiannya di Malaysia.

"Kerajaan Malaysia percaya urusan pengebumian akan dilakukan di Thailand," kata Najib yang berada di Kota Kinabalu sempena sambutan Hari Malaysia Ke-50.

Chin Peng dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada kira-kira 6.20 pagi kerana sakit tua, sebulan sebelum tarikh ulang tahun ke-89 kelahirannya. Chin Peng dilahirkan pada 21 Okt, 1924.

Najib menarik perhatian bahawa keganasan komunis yang dipimpin Chin Peng terutama di era darurat telah menyebabkan ribuan nyawa terkorban terutama anggota keselamatan di samping beribu-ribu yang lain mengalami kecederaan atau kecacatan.

"Rakyat juga menderita kerana kemusnahan harta benda sepanjang PKM melancarkan peperangan ke atas kerajaan selain melakukan sabotaj terhadap ekonomi negara," katanya.

Pemimpin pengganas yang hidup dalam buangan di Thailand itu pernah membuat permohonan untuk pulang ke Malaysia, namun ditolak.
- Bernama
'Chin Peng dah mati, yang sudah itu sudahlah'

Kerajaan Persekutuan tetap bertegas agar mayat bekas pemimpin komunis, Chin Peng tidak dibawa pulang ke Malaysia, namun ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai pandangan berbeza.

Mengulas mengenai pendirian kerajan itu, Anwar sewaktu bercakap kepada kira-kira 300 orang di Kubang Semang, Pulau Pinang, semalam berkata: "Yang sudah itu, sudahlah."

"Adakah kita setuju dengan dia (Chin Peng)? Tidak. Adakah kita setuju dengan komunisme? Tidak. Adakah kita setuju dengan tindakan Chin Peng dulu? Tidak," katanya.

"Adakah kita bersetuju dengan perjanjian damai (1989) ditandatangani Chin Peng, dengan kedua-dua pihak bersetuju menurunkan senjata? Kita setuju.

"Kenapa mereka (kerajaan BN) ini dengan apa-apa pun mereka tak setuju? Kenapa dulu (kerajaan BN) setuju tandatangan perjanjian?

"Ini perjanjian yang diiktiraf Kabinet. Masa itu saya menteri dan cadangannya dibentangkan pada mesyuarat menteri," kata Anwar.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena