Pelatih PLKN ditemui mati...
" Penubuhan PLKN bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
Program ini bukanlah bersifat Kerahan Tenaga dan tidak mengikut mana-mana model daripada luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia."
Memang tidak dinafikan lagi program-program PLKN banyak manafaatnya lebih-lebih lagi kepada mereka yang berminat untuk menjadi kakitangan kerajaan seperti polis, bomba, Jabatan pertahanan awam, Rela, Kakitangan Hospital dan sebagainya.
Memang betul ajal itu ditangan tuhan tetapi setiap manusia mempunyai pilihan. Korang mesti pandai buat pilihan.
Quote:
ROMPIN - Seorang pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) ditemui mati dalam keadaan terbaring di bilik mandi Kem PLKN Pinggiran Pelangi di sini tengah malam tadi.
Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, ditemui dalam keadaan terbaring oleh rakannya pada pukul 12.04 tengah malam sebelum dimaklum kepada pihak kem tersebut.
Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Rozainor Ramli ketika dihubungi hari ini berkata, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik sampai ke Hospital Muadzam Shah di sini untuk menerima rawatan.
Sumber dari: Kosmo
Aku masa zaman dulu selepas SPM, PLKN nie belum wujud lagi. Selepas SPM aku banyak menghabiskan masa meningkatkan kemahiran. Sementara menunggu keputusan SPM aku banyak ke pusat latihan komputer. Sebab pada masa itu teknologi komputer dan IT baru mahu bekermbang di Malaysia. Aku banyak menghabiskan masa belajar membaik pulih sesebuah komputer dan mempelajari cara-cara meng"Install" sistem pengoperasian seperti Windows/linux.
Disitu aku banyak belajar banyak perisian seperti MSoffice, Autocad, Micromedia dan pengatucaraan untuk membina sesebuah laman web.
Masa untuk menunggu keputusan SPM amatlah lama dan aku mula belajar pendawaian elektrik. Aku buatlah pendawaian untuk rumah serta pemasangan lampu. Banyak kali woo badan aku terkena kejutan elektrik. Bahaya? Alah bisa tegal biasa. Bukanya voltan tinggi pun.
Selain itu aku juga aku mengisi masa bekebun dan meracun di kebun-kebun sawit orang tuaku Adeh yang ini aku sakit sikit sebab banyak nyamuk..
Dalam masa tiga bulan adalah masa yang berharga untuk mengisi pelbagai kemahiran. Ada juga kursus jangka masa pendek yang kawanku sertai sperti membaiki enjin kereta, kelas memasak, membaik pulih dan menyenglenggara penghawa dingin.
So kalau korang ada anak menunggu SPM nanti antarlah mereka ke kem PLKN. Boleh belajar menari, menembak, belajar gotong-royong, pandai buat kraf tangan, belajr berkawat dan macam-macam lagi.
Kalau anak aku, akan aku hantar diorang ini meningkatkan ilmu-ilmu kemahiran yang semakin diperlukan.
Akan aku gabungkan kesemuanya dalam bidang mekanikal, electrical, IT, Nucklear, kemahiran di dapur dan yang paling penting sekali kelas ilmu Agama.
Source - http://www.zon2u.com/2013/09/pelatih-plkn-ditemui-mati.html#ixzz2fjdGYirp
0 comments:
Post a Comment