Presiden Amerika: Barrack Obama Akan Ke Malaysia Oktober Ini
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Presiden akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatannya ke Kuala Lumpur bagi memaklumkan hubungan dua hala Washington yang kian meningkat dengan Malaysia.
Beliau juga akan menyampaikan ucaptama pada Persidangan Keusahawanan Global yang akan diadakan di sini pada 11-12 Oktober.
Memasuki tahun keempatnya, persidangan itu ialah inisiatif yang diumumkan oleh Presiden pada tahun 2009 untuk merancakkan pewujudan pekerjaan menerusi keusahawanan dengan menghubungkan pereka muda kepada sumber, idea dan satu sama lain.
APEC ialah forum terkemuka rantau ini untuk integrasi perdagangan dan pelaburan.Kenyataan itu berkata Obama akan menghoskan beberapa siri mesyuarat di luar acara APEC berkenaan.
Presiden juga akan menghadiri mesyuarat Pemimpin negara-negara Kerjasama Trans-Pasifik, terdiri daripada 12 ekonomi, termasuk Malaysia.
Beliau akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono bagi mengesahkan hubungan rapat dua hala AS dan meraikan tahun ketiga Kerjasama Komprehensif mereka.
Presiden, kemudiannya akan ke Brunei untuk Persidangan AS-ASEAN dan Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) dan mengadakan pertemuan dengan Sultan Brunei.
ASEAN dan EAS ialah forum penting bagi membincangkan secara meluas kerjasama AS di rantau Asia Pasifik, termasuk tenaga, keselamatan maritim, pelaburan, pembangunan dan promosi perdagangan serta topik-topik lain berkaitan serantau dan global.Selepas Brunei, presiden akan ke Filipina.
“Beliau akan mengadakan pertemuan dengan Presiden (Benigno) Aquino untuk mengesahkan, antaranya hubungan ekonomi dan keselamatan di antara kedua-dua buah negara,” tambah kenyataan itu. -BERNAMA
Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)
Sidang Kemuncak Asia Timur ke-4 dirasmikan di Hua Hin, Thailand hari ini. Pemimpin-pemimpin dari 10 negara anggota ASEAN dan negara rakan dialognya termasuk China, Jepun, Republik Korea, Australia, New Zealand dan India telah menghadiri sidang tersebut. Mereka akan membincangkan tindakan untuk meningkatkan kerjasama dan pembinaan keupayaan serantau supaya menghadapi cabaran semasa dengan lebih berkesan.
China Radio International.CRI.
0 comments:
Post a Comment