Sunday 15 September 2013

Presiden: Tiada usaha singkir Mat Sabu dalam PAS

Isnin, 16 September 2013
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan dakwaan bahawa wujud usaha dalam parti itu untuk menyisihkan timbalannya Mohamad Sabu dalam pemilihan parti pada November.
Abdul Hadi dalam laporan Sinar Harian menyebut, pertandingan di antara pemimpin dari kalangan ulama dan bukan ulama juga bukan perkara baru dalam parti.
"Tidak ada gerakan seperti dimaksudkan. Perkara seperti ini bukan baru dalam parti, sebelum ini pun ada pertandingan antara ulama dan bukan ulama untuk jawatan tertinggi," katanya seperti dipetik Sinar Harian.
Katanya, ketetapan Dewan Ulama PAS agar jawatan tertinggi dalam parti tersebut diisi oleh golongan ulama juga akan diputuskan oleh para perwakilan.

"Dewan Ulama adalah satu badan dalam PAS, namun keputusan kelak terserah pada perwakilan dari seluruh negara," katanya.
Abdul Hadi juga menyerahkan kepada para perwakilan untuk memutuskan sama ada jawatan presiden dan timbalan tidak dipertandingkan.

"Saya serah pada ahli untuk buat pertimbangan. Saya sendiri tidak tahu sama ada dicalonkan kelak.
"Jika ya, saya akan tunaikan amanah. Kita terikat pada perlembagaan dan jawatan ini terbuka untuk dipertandingkan," katanya lagi.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena