Monday 23 September 2013

Kepatuhan Malaysia ini melayakkan bumi Malaysia dipijak oleh Presiden Amerika Syarikat nanti - TGNA

Isnin, 23 September 2013
Respon Tok Guru Nik Aziz Berkenaan Lawatan Presiden Amerika Syarikat Ke Malaysia
Berikut adalah respon Tok Guru Nik Aziz berkenaan lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama ke Malaysia,Dipetik dari Facebook Nik Abdul Aziz Nik Mat :

Saya ingin memberikan sedikit respon berkenaan lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama ke Malaysia yang dijadualkan pada bulan hadapan.
Photo: MEDIA ADVISORY

Kepada tuan/puan editor,

Hari ini, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa (SMM) akan mengadakan DUA sidang media pada masa  dan lokasi berikut;

1. Sidang Media di depan pejabat Tun Dr. Mahathir;
Tarikh: 23 September 2013 (Isnin)
Masa: 12.00 Tengahari
Lokasi & phone office: 
No 1, Jalan P8H, Precint 8
62250 Putrajaya
03-88858900

2. Sidang Media di depan pejabat DS Anwar Ibrahim;
Tarikh: 23 September 2013 (Isnin)
Masa: 2.00 Petang
Lokasi: 
Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat
A-1-09, Merchant Square
No 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Sidang Media berlangsung sebaik sahaja surat undangan rasmi kepada Tun Dr Mahathir dan DS Anwar Ibrahim untuk sepentas membantah perjanjian TPPA sepertimana yang dijanjikan.

Mohon pihak editor / pengamal media menghantar wakil masing-masing untuk membuat liputan dan orang ramai dijemput memberi sokongan.

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


Pada saya, ia tidak lebih hanyalah tanda terima kasih Amerika kepada Malaysia yang selama ini menyokong pendirian Amerika dalam pelbagai isu antarabangsa. Ini termasuklah dalam isu rampasan kuasa tentera di Mesir yang mana Malaysia hanya sanggup menyatakan tidak setuju dengan kadar yang paling minima sahaja tanpa disertai dengan apa-apa tindakan serius.
Photo: Salah satu aksi di Kuantan baru-baru ini!
Solidariti Anak Muda Malaysia
Kelantan, sekalipun sebuah negeri yang kecil di mata dunia antarabangsa berusaha sedaya upaya sekadar yang termampu untuk menyatakan rasa kesal terhadap kudeta yang berlaku di Mesir. Kelantan telah mengadakan sidang Dewan khas untuk meluluskan usul mengutuk dan menghantar nota bantahan.

Adapun kerajaan Malaysia, dalam hal ini masih bersikap takut-takut, dibimbangi mengguris hati Amerika Syarikat. Kepatuhan Malaysia ini melayakkan bumi Malaysia dipijak oleh Presiden Amerika Syarikat nanti.

Bantah TPP: replika Obama, bendera AS dibakar
Solidariti Anak Muda Malaysia
Pada saya, tiada yang membanggakan jika Malaysia dikunjungi Presiden Amerika. Ia hanya mengesahkan hubungan baik antara kedua-duanya yang telah terjalin sekian lama ~ FB TOK GURU
Posted by TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT at 2:48:00 PTG

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena