Polis awasi sempadan!
Presiden PAS Terkejut?
Beliau tidak mahu mengulas soal untuk membawa pulang mayat Chin Peng kerana PAS tidak membentuk kerajaan pusat...
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelihatan terkejut apabila diminta menyatakan pendiriannya sama ada mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng patut dibawa pulang untuk dikebumikan ke negara ini.
Beliau kelihatan tidak mengetahui perkembangan bahawa Chin Peng telah meninggal dunia di Bangkok semalam.
Hadi ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini berpaling ke arah naib presiden, Datuk Mahfuz Omar dan bertanya sama ada benar Chin Peng telah meninggal dunia.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas soalan berkenaan, yang dikemukakan wartawan.
Katanya. beliau tidak mahu mengulas soal untuk membawa pulang mayat Chin Peng kerana PAS tidak membentuk kerajaan pusat.
Anggota jawatankuasa PAS Dr Dzulkefly Ahmad semalam menyarankan agar mayat Chin Peng dibenarkan untuk dibawa pulang ke negara ini.
Kerajaan sehingga kini masih berkeras untuk tidak membenarkan mayat tersebut dibawa pulang, dan mendakwa bekas pemimpin komunis itu tidak pernah memohon kerakyatan Malaysia.
komen:
Raja Mohd Shahrim · Pengulas Tertinggi · 4,966 orang pelanggan
Aku rasa TGHA tahu.. tapi sebab dia nampak ada wartawan dari Utusan, TV3 dan Bernama...yg asyik menfitnah dia tak mahu beri komen apa apa.. hehe
Kopi O Kaww · Pengulas Tertinggi · Universit of Ghana
PKM DAN CHIN PENG TELAH MEMBUNUH HENRY GURNEY, , PESURUHJAYA TINGGI BRITISH DI MALAYA DI BUKIT FRASER PADA 1955. HENRY GURNEY SEBELUMNYA ADALAH KETUA SETIAUSAHA "PALESTINE MANDATE GOVERNMENT" YG BERTANGGUNGJAWAB MENUBUHKAN NEGARA ISRAEL PADA 1948. HARI NI KUBUR HENRY GURNEY ADA DI CHERAS, TANAH TUMPAH BERDAULAT MALAYSIA.
Fathinah Anisah · Pengulas Tertinggi
Azman Yunus chin ping lebih mulia dari ameno...sbb mengaku pejuang melayu..tapi ameno lah yang mengkhianati bangsa melayu selama berpuluh puluh tahun..ameno jadi talii barut penjajah inggeris... ameno khianat bahasa melayu yang terasnya jawi... ameno khianat negeri2 yang majoriti melayu..dengan mengurangkan jumlah keersi parlimen.. ameno khianat melaayu kelantan..minyak dan gas bawa naik ikut thailand wp klantan lebih dekat..bijak pandai melayu ..usahawan melayu dibongsaikan oleh ameno hanya mereka tidak sealiran dengan politik wang@k@rasuah ameno.. tanah2 milik melayu dan bumiputera sabah sarawak..ameno konar..amek free kedian jua dkt korporat asing dan tokey2 judi..amenom mmg hareem jadess..ameno lebih jahat dan keji berbanding cp. SELAMAT KAN MALAYSIA HARI INI...
PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Malaysiakini
Polis awasi sempadan, sekat mayat Chin Peng
Polis mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghalang abu atau mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng, yang meninggal dunia di Bangkok semalam, dari dibawa pulang ke negara ini.
Ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis memantau semua pintu masuk ke negara ini bagi memastikan mayat tersebut tidak diseludup masuk.
“Semua pintu masuk ke Malaysia di pantau dan pasukan polis berjaga-jaga untuk mengelakkan mayat Chin Peng masuk ke negara ini,” katanya dalam satu tulisan di Twitter.
Khalid dalam interaksi dengan pengguna Twitter juga mempertahankan tindakan tersebut kerana menurutnya Chin Peng bertanggungjawab ke atas kematian ramai anggota polis dan tentera semasa Darurat.
Beliau antara lainnya mengulas kenyataan MP Segambut Lim Lip Eng.
Lim membangkitkan bahawa penceroboh Sulu dari Filipina yang membunuh sembilan orang anggota keselamatan Malaysia awal tahun lalu ini di Sabah, dikebumikan di negeri tersebut.
Khalid berkata, kerajaan akan menggali semula kubur berkenaan apabila timbul tuntutan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga menegaskan bahawa mayat Chin Peng tidak akan dikebumikan di Malaysia.
Seorang bekas anggota PKM, Fang Shan dilaporkan berkata, Chin Peng berhajat agar abu mayatnya dikebumikan di kampung kelahirannya di Setiawan, Perak.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata, abu mayat itu juga tidak akan dibenarkan masuk ke bumi Malaysia.
Mk.
*Gambar sekadar hiasan
0 comments:
Post a Comment