Tuesday 17 September 2013

PAS dan Umno perlu bersatu: DEMI ISLAM atau SURVIVAL UMNO? atau 'Benih yang disemai' di dalam PAS sudah mula bertunas?

Selasa, 17 September 2013
PAS dan Umno perlu bersatu demi Islam
Kerjasama itu diusahakan membabitkan persefahaman dari sudut polisi

Muhyiddin timbulkan balik isu ini kerana dirasakan benih yang disemai di dalam PAS sudah mula bertunas?




GOMBAK: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan PAS dan Umno perlu bekerjasama demi memastikan kekuatan umat Islam terus kukuh di negara ini.
Muhyiddin berkata jika mahu melihat perpaduan umat Islam terus kukuh, PAS dan Umno perlu bersama dan bekerja sebagai satu kumpulan.
Katanya, kerjasama itu diusahakan membabitkan persefahaman dari sudut polisi.
“Setakat ini Umno tidak ada masalah mengenainya.
“Kita nak lihat kita boleh bekerja bersama sebagai satu pasukan.
“Kita perlu memahami antara satu sama lain,” tegasnya semasa sesi soal jawab antara pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di sini hari ini.
Beliau berkata sedemikian ketika ditanya pelajar UIA mengenai komitmen Malaysia mengekalkan perpaduan ummah dan cabarannya sebagai negara Islam.
Katanya, Malaysia mengambil iktibar tentang situasi yang berlaku di negara Islam lain dan tidak mahu ia terjadi di negara ini.
Timbalan Presiden Umno itu berkata, umat Islam termasuk rakyat di negara ini juga tidak terkecuali menghadapi cabaran arus globalisasi dan untuk itu mereka perlu bersatu supaya terus kuat.
Pada masa yang sama, katanya, mereka kena  menghargai dan menghormati perbezaan yang ada terutamanya membabitkan agama dan kaum lain.
“Kita tak mahu melihat keadaan di Malaysia kucar-kacir hanya disebabkan terlalu dipengaruhi sentimen politik.
“Kita dah lakukan apa yang perlu.
“Kita tak kata kita gagal tetapi kita dah berjaya buktikan melalui pencapaian dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, jurang sosial dan sebagainya,” katanya.
Kenyataan Muhyiddin ini sekaligus membuka ruang kepada PAS selepas Dewan Ulama PAS Pusat menyatakan kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat merugikan parti itu.
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib hujung minggu lalu dalam Multaqa Ulama di Kota Sarang Semut, Kedah, meminta Majlis Syura Ulama mengkaji semula Tahaluf Siyasi (persefahaman politik) dalam Pakatan Rakyat.
Namun ia disanggah Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menganggap kerjasama itu hanyalah ‘memberikan pelampung kepada Umno yang sedang kelemasan’.
Jamilah Kamarudin | September 17, 2013

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena