"Tahanan jenayah terikut-ikut kebiasaan Ikhwan iaitu tilawah Quran, solat malam, tahajjud, puasa"
Ikhwanisasi Penjara
Kini 50 ribu pendokong anti-kudeta mengisi penjara-penjara Mesir atas alasan tangkapan yang berbagai dan suka-suka dari pihak tentera Mesir.
Tragisnya, tahanan politik Ikhwan dan anti-kudeta ditempatkan di penjara jenayah berat. Dicampur dengan tahanan kes-kes jenayah rompakan, rogol, dadah, pembunuhan dan lain-lain. Tujuannya, anggota Ikhwan ini diseksa secara mental dan fizikal.
Namun keajaiban terjadi. Baru sebulan sahaja tahanan kes jenayah ini dicampurkan dengan tahanan politik Ikhwan, para penjaga dan ketua penjara mengeluh, "Tahanan jenayah terikut-ikut kebiasaan Ikhwan iaitu tilawah Quran, solat malam, tahajjud, puasa". Keanehan ini juga terlihat apabila pelawat datang, para tahanan jenayah ini meminta mushaf Quran, sejadah, pakaian untuk shalat, dan tasbih. MaasyaAllah.
Kini penjara Mesir terjadi Ikhwanisasi. Sebahagian berbahagia Ikhwan ditekan, padahal Ikhwan adalah "madrasah(tempat didikan)". Nyawa boleh dimatikan dengan peluru atau buldozer, tapi fikrah itu tak akan pernah mati.
*gambar menunjukkan para Ikhwan solat berjemaah di dalam penjara Turrah (salah satu penjara di Mesir) suatu ketika dahulu
Sumber: Islamedia
Doakan anak-anak ini demi masa depan mereka.
Mesir di bawah pemerintahan tentera. Sekolah-sekolah juga tidak terkecuali.
Gerakan Pelajar Perempuan Anti Kudeta di Abu Kibir mengadakan bantahan pada jam 7.30 pagi
Gerakan Pelajar Perempuan Anti Kudeta di Abu Kibir mengadakan bantahan pada jam 7.30 pagi ini di hadapan Sekolah Menengah Perempuan Abu Kibir pada hari pertama persekolahan bagi sesi baru sebagai menyahut seruan Pakatan Nasional Menyokong Legitimasi dalam menyertai minggu 'Pemuda Tunggak Revolusi'.
Mereka mengangkat slogan mengutuk pembunuhan beramai-ramai oleh tentera serta pencabulan terhadap kebebasan sejak rampasan kuasa. Walaupun pengetua sekolah telah cuba untuk menghalang bantahan mereka antaranya dengan mengoyakkan kain rentang, mereka tetap meneruskannya bersama-sama pelajar dan rakyat Mesir.
Kudeta Semakin Terhakis
Gambar menunjukkan perarakan menentang kudeta di tempat yang sama di Fayoum.Gambar dari kanan: Selepas seminggu, selepas sebulan, selepas dua bulan sejak rampasan kuasa.
0 comments:
Post a Comment