Monday 23 September 2013

DS Nizar: Video Terkini Yope! Ambillah DNA saya dan periksalah DNA daripada debu-debu Chin Peng...

Isnin, 23 September 2013

DS Mohammad Nizar Jamaluddin ada pertalian kekeluargaan dengan Chin Peng?
TAIPING: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan pihak tertentu yang mengaitkan dirinya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

Sambil berseloroh, beliau 'menawarkan' DNA miliknya untuk dibandingkan dengan DNA milik bekas pemimpin pengganas tersebut bagi membuktikan tuduhan tersebut tidak berasas sama sekali.

"Ini merupakan satu fitnah yang amat dahsyat kepada diri saya sendiri. Dan saya cabar mereka kalau mereka boleh buktikan dalam konteks DNA, ambillah DNA saya dan periksalah DNA daripada debu-debu Chin Peng sama ada saya ada perhubungan tali kekeluargaan.. Saya pun nak tahu juga.

"Tapi kita sebenarnya satu keturunan. Itu saja. Saya menafikan sekeras-kerasnya.. Kalau mereka buktikan dengan DNA, saya boleh buat pertimbangan semula," katanya sambil tersenyum.

Baru-baru ini, beberapa buah blog mendakwa Adun Changkat Jering itu mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Chin Peng, di mana ibunya dikatakan merupakan sepupu kepada bekas pemimpin pengganas itu.

Memetik dakwaan sebuah blog, Kulaan Niring (http://kulaanniring.blogspot.com), Chin Peng juga adalah bapa saudara kepada Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.
Nga sebelum ini turut menafikan dakwaan tersebut.-antarapos
HANGIT!!! Pemimpin PAS Beri Penghormatan Terakhir Kepada Chin Peng Di Bangkok.. 
Pemimpin PAS Kedah Fadzil Baharom hadir ke tokong Wat That Thong di Bangkok bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Chin Peng kira-kira jam 7 petang semalam.
Fadzil menegaskan kehadirannya bukanlah mewakili PAS atau PKR tetapi atas keinginannya sendiri. Menurutnya, beliau mengenali ahli keluarga Chin Peng kira-kira lima tahun lalu dan berasa ada keperluan untuk memberi penghormatan terakhir di sana.

“Saya tidak akan hadir majlis pembakaran mayat pada Isnin kerana perlu pulang ke Kedah,” katanya yang telah lama mahu menemui Chin Peng secara peribadi tetapi tidak kesempatan.
Katanya, meskipun kerajaan Malaysia memberi tanggapan negatif kepada mendiang, beliau tetap menggelar pemimpin komunis itu sebagai pejuang.

“Sejarah Malaysia telah diubah. Saya merujuk kepada kisah sebenar.

“Dalam PAS sendiri, tidak ramai yang benar-benar faham tentang sejarah negara dan bagaimana fakta telah diubah.
“Meskipun kehadiran saya pada hari ini tiada apa yang memeranjatkan, tetapi saya yakin dalam lima atau 10 tahun lagi akan dikira sebagai detik bersejarah kerana memberi penghormatan terakhir kepada Chin Peng,” katanya tertawa kecil.

Beliau berkata sejak kematian Chin Peng pada Isnin lalu, ramai yang membuka kisah lama 88 tahun lalu di Internet.

Katanya, pendedahan sedemikian satu peluang kepada generasi muda untuk memahami sejarah.

Ketika ditanya, adakah pemimpin Pakatan Rakyat lain akan berbuat sepertinya, Fadzil mengangkat bahu berkata kehadirannya bukanlah satu masalah dan beliau tidak mengambil kira pandangan orang lain.

Menurutnya, memberi penghormatan terakhir bukanlah bermakna dirinya komunis atau mengikut ideologi fahaman itu tetapi sekadar minatnya terhadap sejarah dan Chin Peng adalah salah satu lembaran sejarah Malaysia.

Bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya itu atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Sitiawan, Perak pada tahun 1924.

Fadzil bertanding semasa pilihan raya umum lalu untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Tiang tetapi kalah kepada calon Barisan Nasional, Suraya Yaacob. 
-the malaysian insider
SEDAKASEJAHTERA.COM
Ahli Parlimen PAS Sokong Agar Abu Mayat Chin Peng Masuk Malaysia
Ahli Parlimen PAS hari ini menyokong agar abu mayat Chin Peng dibawa masuk negara apabila menyeru agar Ketua Polis Negara (KPN) disarankan jangan menjadi "seperti Perkasa" apabila bercakap soal perundangan.

Tanpa merujuk kepada mana-mana perundangan, Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin (gambar) membidas kenyataan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkata abu mayat Chin Peng tidak boleh dibawa masuk ke dalam negara dan semakan akan dibuat untuk menghalangnya.

Mohamed Hanipa berkata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah jelaskan tiada sebarang peruntukan undang-undang boleh digunakan bagi menghalang abu mayat Chin Peng di bawa masuk.

"Jangan keluarkan kenyataan seperti Perkasa, menggunakan emosi. Gunakan fakta undang-undang," katanya di Dewan Rakyat hari ini ketika membahaskan usul Rang Undang-undang Profession Undang-undang (Pindaan) 2012 hari ini.

Memuji kenyataan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor, yang menyeru sumbangan Chin Peng kepada kemerdekaan negara dikaji semula, Mohamed Hanipa menegaskan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu juga turut membantu kemerdekaan negara.

"Nasib baik Rahim Noor yang kata, kalau Mohd Sabu sudah tentu banyak laporan polis dibuat terhadapnya," katanya merujuk kepada Timbalan Presiden PAS.

Kenyataannya itu selari dengan perbahasan hari ini yang mana mereka tanpa kepakaran perundangan tidak seharusnya mengeluarkan nasihat perundangan.

"Ia perlu diperluas kepada individu seperi KPN, Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menghalang mereka mengeluarkan kenyataan membabitkan isu perundangan," katanya, menambah kenyataan KPN itu prejudis terhadap Chin Peng.

Selepas kematiannya, pertikaian antara penyokong dan penentang komunis mula berbangkit apabila Putrajaya menghalang abu mayat bekas pemimpin PKM itu di bawa masuk ke dalam negara.

Tinggal beberapa jam sahaja lagi mayat Chin Peng akan dibakar, keluarganya masih tidak pasti apa yang akan dilakukan terhadap abu berkenaan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keengganan Putrajaya membenarkan abu mayat itu di bawa masuk adalah disebabkan khuatir akan wujudnya "penghargaan" sesetengah pihak terhadap bekas pemimpin berkenaan. ~the malaysian insider/Posted by Addin Deen at 9/23/2013

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena