Friday 27 September 2013

Malunya Yope!!! Perak negeri kedua isi rumah TERMISKIN di semenanjung, Ketua Pemudanya Kaya! Kaya! Kaya!...

Sabtu, 28 September 2013
Patut Lah Dilapurkan Perak Negeri Termiskin.......
Baru jer jadi Ketua Pemuda Ameno Perak...dah kaya raya,huurmmm...agak2nyer Ketua Menteri dan PM macam mana yer?
Dicatat oleh atsixty di 12:00 AM
vsivakumar

IPOH, 23 SEPTEMBER: Negeri Perak mencatatkan kadar kemiskinan dan miskin tegar tertinggi di Semenanjung Malaysia selepas Sabah dan Sarawak.

Ahli Parlimen DAP Batu Gajah, V Sivakumar berkata, kedudukan itu amat mendukacitakan memandangkan Perak bukan sebuah negeri miskin.

“Mengikut rekod yang diberi Parlimen Malaysia, terdapat seramai 908 bilangan isi rumah miskin tegar di Perak pada 2012.

“Pada tahun yang sama jumlah isi rumah miskin di Perak ialah 8,600. Jumlah ini adalah sangat tinggi dan membimbangkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Siva, perbandingan jumlah isi rumah miskin tegar di Malaysia Barat menunjukkan Perak merangkumi satu nilai yang memeranjatkan iaitu 16.36 peratus.

“Begitu juga dengan jumlah isi rumah miskin di negeri Perak dengan mencatat 16.22 peratus daripada jumlah yang direkodkan untuk keseluruhan Semenanjung Malaysia.

“Jumlah ini amat tinggi berbanding negeri lain di Semenanjung Malaysia,” katanya.

Negeri yang mempunyai bilangan isi rumah miskin tegar dan miskin yang paling ramai di Semenanjung Malaysia ialah Kelantan yang mencatat 1,048 dan 8,800 masing-masing.

Bagi kategori miskin tegar, Perak menduduki tempat kedua iaitu 908 isi rumah diikuti Pahang (720) dan Kedah (644) isi rumah.

“Negeri Perak juga menjadi naib johan bagi kategori miskin dengan mencatatkan 8,600 isi rumah diikuti Kedah dengan 7,400 isi rumah dan Johor 7,000 isi rumah.

“Statistik yang dibekal Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri membuktikan Negeri Perak tidak mempunyai pencapaian atau prestasi yang baik dalam menangani masalah kemiskinan,” ujar beliau yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak.

Justeru itu, Siva berkata, kerajaan Perak seharusnya malu kerana gagal mengembalikan zaman kegemilangan ekonomi yang pernah dicapai suatu ketika dulu.

“Perak pernah menjadi negeri terkaya dan termasyhur dan kini menjadi naib johan jumlah isi rumah miskin dan miskin tegar,” katanya.

Namun, dalam keadaan uzur seperti ini, Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir masih lagi boros melaksanakan projek yang tidak berfaedah kepada rakyat.

“Kerajaan Perak harus mengambil langkah sewajarnya untuk mencapai ‘miskin sifar’ dalam tempoh lima tahun akan datang,” kata beliau lagi.-Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena