Friday, 27 September 2013

#Banglo7Juta: Nazri Jr 'beli banglo RM7j', Nazri Sr: Bukan masalah saya

Jumaat, 27 september 2013
MEMOHON PENJELASAN DATO’ SERI MOHAMED NAZRI B. TAN SRI AZIZ



Kenyataan Umum

Tarikh: 26 September 2013

MEMOHON PENJELASAN DATO’ SERI MOHAMED NAZRI B. TAN SRI AZIZ MENGENAI PEMBELIAN RUMAH MEWAH LEBIH RM7 JUTA OLEH ANAK LELAKINYA.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memperolehi dokumen mengenai milikan harta kekayaan anggota keluarga dan individu - individu rapat dengan beberapa orang Menteri Kabinet kira – kira sebulan yang lalu oleh pihak yang tidak dikenali. Setelah diteliti diyakini beberapa dokumen tersebut ada kesahihannya dan SAMM tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan pertembungan dalaman Umno menjelang pemilihan parti itu.

Mengenepikan sentimen mengapa pemberi maklumat menyalurkan maklumat itu dan niat politiknya tetapi atas keinsafan mempertahankan kepentingan rakyat maka SAMM secara berperingkat akan menyiarkan dokumen dokumen tersebut sebagai persoalan untuk dijawab oleh Menteri terbabit.

Dokumen yang pertama ialah berkenaan pembelian sebuah banglow bernilai RM 7,242,555.07 yang dikaitkan dengan seorang yang bernama Mohamed Nedim B. Mohamed Nazri. Diperiksa dia ialah anak seorang menteri kabinet.

Bagi anak yang sangat muda dan setelah diteliti pekerjaan atau perniagaannya, adalah amat meragukan dari sudut kemampuan. Bagaimana anak menteri ini punya kemampuan untuk membeli banglow dengan harga yang sedemikian tinggi?

Maka perbagai persoalan muncul. Ini bukan tuduhan tetapi sebagai seorang Menteri sudah tentu rakyat berhak bertanya kepada Nazri mengenai banglow anaknya ini.

Bagaimana anaknya dapat membeli banglow ini? Adakah dia layak? Adakah dia membeli dengan tunai? Jika melibatkan pinjaman bank berapa banyak pinjaman dibuat dan berapa jumlah tunai yang dibayar? Bagaimana bank boleh memberikan kelulusan bernilai jutaan ringgit kepadanya, adakah kerana dia anak menteri?

Nasib kita sebagai rakyat biasa, untuk mendapatkan pinjaman bank bagi membeli kereta kancil atau rumah kos rendah pun bagai nak gila memanjat tangga dari bank ke bank bagai mengemis.

Semua persoalan ini juga seharusnya membawa kepada Jabatan Hasil dalam Negeri dan individu tersebut harus dipanggil untuk diteliti milikan sebenar pendapatannya. Juga melalui sumber rekod Jabatan Hasil Dalam Negeri ada terdapat keraguan bagaimana dia mampu memiliki kediaman mewah bernilai tinggi dengan pendapatan yang diistiharkan.

Menarik juga dilihat dari dokumen yang diperolehi ialah bagaimana dalam proses membeli rumah mewah ini pembeli menikmati diskaun RM500,9444.08 (-7%) selaku bumiputera. Orang biasa termasuk pimpinan Umno diperingkat cawangan yang gila–gila mempertahankan Umno ada yang hanya menikmati diskaun tak sampai RM10,000 atas nama bumiputera ketika membeli rumah kerana itulah sahaja kemampuan kita orang biasa - biasa.

Melalui kenyataan ini SAMM bagi pihak anak muda Malaysia yang bergelut dengan peningkatan kos hidup dan dihimpit perbagai masalah kewangan menuntut untuk Nazri tampil dan menjawab. Anaknya ini juga yang satu ketika dahulu pernah didedahkan oleh Rafizi Ramli berkenaan menggunakan kenderaan mewah milik seorang jutawan dengan siap pengawal peribadi.

Berkenaan perkara ini kami mempunya dokumen sebut harga, perjanjian dan gambar aset tersebut. Sekali lagi kami tegaskan ini bukan tuduhan tetapi persoalan yang perlu dijelaskan.

Selain itu berkenaan individu terbabit kami punya beberapa dokumen lain yang akan kami bangkitkan persoalanya dalam berperingkat. Kami juga dalam proses penelitian peringkat akhir beberapa dokumen lain yang mengaitkan anggota Kabinet yang lain.

Sekian.

Che’GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia shared Asrul Nizam Abd Jalil's status.


Dia Nak Beli Istanapun Bukan Masalah Saya

Nazri Jr 'beli banglo RM7j', Nazri Sr: Bukan masalah saya

Sekali lagi anak menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz mencuri perhatian atas dakwaan negatif. Dan sekali lagi, bapanya menolak dakwaan itu dengan dengan gayanya tersendiri.

Kali ini, anaknya Mohamed Nedim didakwa membeli rumah banglo dengan harga RM7.2 juta.


"Dia boleh beli istana, ini bukan masalah saya," kata Nazri kepada pemberita ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen hari ini. Bagaimanapun, beliau nampaknya seperti tidak tahu menahu berhubung laporan itu dan bertanya kembali: "Rumah apa?

"Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini mendakwa memperoleh dokumen mengenai pembelian banglo RM 7,242,555.07 yang didakwanya dikaitkan dengan Nedim.

Penyelaras NGO itu Badrul Hisham Shaharin (kanan) berkata, bagi seorang anak muda dan setelah diteliti pekerjaan atau perniagaannya, kemampuannya membeli harta tanah itu "amat meragukan",
Posted by Jeebond BLM at 8:01 pm

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena