Tuesday 17 September 2013

SPRM rampas 10 kenderaan mewah bekas pembantu Shahrizat? Mahkamah bebaskan Suhaimi dengan ikat jamin pagi ini - Lapor MalaysiaGazette

Selasa, 17 September 2013
Adoi Mak! Kayanya?
*Tiada kaitan dgn fakta kes SPRM
Mahkamah bebaskan Suhaimi, 10 kereta mewah dirampas SPRM...
PUTRAJAYA – Datuk Suhaimi Ibrahim, bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dibebaskan dengan ikat jamin mahkamah pagi ini selepas ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi, lapor MalaysiaGazette.

Beliau ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan program 1Azam yang dikhaskan membantu golongan berpendapatan rendah.

Suhaimi dengan tangan bergari dibawa keluar dari bangunan SPRM kira-kira 8.15 pagi ke Kompleks Mahkamah Putrajaya.

Sementara itu, sebanyak sepuluh kenderaan mewah milik Suhaimi turut dirampas SPRM.

Antara kenderaan yang dirampas ialah Toyota Alphard, Vellfire, Camry dan Volkswagen Golf GTI.

Kereta-kereta tersebut diletakkan di Kompleks D Bangunan SPRM.
Nasib baik ada title latuk dan ahli politik... Tak payah dijamin oleh orang lain & letak ribu ribu duit jaminan. Kalau kasim bin kulup tu dah dah kena dah walaupun di syaki mencuri RM1.
Originally Posted by irsaffy/CariGold Forum./17 Sep 2013 11:45am
SPRM rampas 10 kenderaan mewah pembantu Shahrizat
KUALA LUMPUR: Seorang bekas pembantu kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lalu dibebaskan pagi ini.

Lelaki berpangkat datuk itu ditahan oleh SPRM Jumaat lalu berhubung dakwaan terlibat dalam penyelewengan program 1Azam yang dikhaskan untuk membantu golongan berpendapatan rendah.

Beliau yang juga bekas Adun dan bekas presiden sebuah NGO belia dibebaskan dengan ikat jamin pagi ini.

Sementara itu, SPRM dilaporkan turut merampas sebanyak sepuluh kenderaan mewah milik lelaki tersebut.

Antara kenderaan yang dirampas ialah Toyota Alphard, Vellfire, Camry, Volkswagen Golf GTI dan mosikal berkuasa tinggi.

Program 1Azam adalah program dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat Malaysia dilancar ketika Shahrizat menjadi menteri. 

Program ini dijalankan oleh Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan pendapatan mereka yang tergolong dalam golongan miskin.
Last edited by totokreturn on 17-9-2013 07:48 PM
Program ini dijalankan oleh Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan pendapatan mereka yang tergolong dalam golongan miskin.
satriahitam's Avatar
SatriaHitam/ CariGold Forum

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena