Thursday 26 September 2013

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau akan diadakan selewat-lewatnya 27 November ini.

Jumaat, 27 September 2013
Allahhu Akhbar Bekas Imam Masjid Al-Aqsa Berikan Ciuman Terakhir Buat Almarhum TS Ustaz Azizan..

Tuan Guru Haji Salleh Musa , tokoh ulama pondok Kedah

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau

PETALING JAYA: Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau ekoran kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak akan diadakan selewat-lewatnya 27 November ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, SPR mempunyai tempoh 60 hari dari hari ini (Jumaat) untuk mengadakan pilihan raya kecil.
"Kita akan mengadakan mesyuarat khas untuk menetapkan tarikh untuk penamaan calon dan hari mengundi selepas Speaker DUN Kedah memaklumkan kami mengenainya (kekosongan) secara rasmi dalam bentuk bertulis," katanya.
Tiada hari mengundi awal kerana tidak ada polis dan askar mendaftar sebagai pengundi di kawasan itu, katanya.
"Kami mempunyai dua penduduk Sungai Limau yang berdaftar di luar negara. Undi pos akan dibuka kepada petugas media dan kakitangan SPR yang bertugas," kata Aziz.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei lalu, Tan Sri Azizan mempertahankan kerusi yang disandangnya dengan memenangi majoriti undi 2,774 dalam pertembungan empat penjuru.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena