Saturday 28 September 2013

Desak Majlis Syura mengkaji untuk 'mengisi' Tahaluf Siyasi supaya PAS dapat kaut keuntungan maksima - Mat Sabu

Sabtu, 28 September 2013
Mesyuarat Agung Tahunan Pas Tambun 2011 yang lalu.

PAS Kawasan Tambun
Selamat bermesyuarat Agung 2013 di Exelcior Hotel Ipoh, 
29 September 2013: 8.30am
*Gambar sekadar hiasan

Kaji Tahaluf Siyasi: Mat Sabu belasah Ust Haron Taib?

Aku cukup setuju dengan pendapat Mat Sabu ni, memang nampak jelas Ust Haron tak bijak berpolitik...


TheMalaysiaInsider melaporkan:
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan tindakan untuk mengkaji balik hubungan dengan parti dalam Pakatan Rakyat sebagai satu tindakan 'kurang bijak'.

"Bagi saya bercerai dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat sekarang satu perkara yang tidak baik. Istana yang kita bina sejak sekian lama, tiba-tiba kita nak runtuhkan begitu saja. Ini tindakan paling kurang bijak," katanya. - TMI.
TheMalaysianInsider juga melaporkan:
Ini kerana, katanya, PAS memerlukan undi mereka bagi membolehkan PAS menang dalam pilihan raya kerana ia berdasarkan undi popular.

"Kita sakit kepala setiap kali pilihan raya untuk menang kerana ia berdasarkan undi popular atau undi orang ramai.

"Jadi, kita akan tolak kawasan pilihan raya yang mempunyai peratusan orang bukan Melayu lebih 20 peratus kerana tahu tidak akan menang," katanya bercerita mengenai bagaimana PAS berjuang untuk mendapatkan undi mereka sebelum ini.

Katanya, sejak 2008, suasana itu sudah berubah iaitu orang Cina dan India sudah tidak takut menyokong PAS hasil kerjasama PAS dengan parti dalam Pakatan Rakyat dan pendekatan lain yang dibuat oleh PAS.
Serasi
"Bagi saya ini satu rahmat. Kita sudah exhausted (keletihan) untuk mendapatkan sokongan mereka sebelum ini. Tiba-tiba kita dapat," katanya. - Ibid.
Aku cukup setuju dengan pendapat Mat Sabu ni, memang nampak jelas Ust Haron tak bijak berpolitik, bukan saja untuk aksi dia yang ini tapi juga aksi-aksi dia sebelum ni yang banyak merugikan PAS dari segi politik.

Aku dok nampak aksi-aksi Ust Haron ni mungkin kut sikit sebanyak boleh menguntungkan PAS di sebelah pantai timur yang pengundi melayu lebih 90% tapi merugikan PAS untuk disebelah pantai barat yang majoriti kerusinya pengundi bercampur.

Golongan yang sokong Ust Haron Taib tentu punya tak setuju dengan kenyataan Mat Sabu ni. Tentu punya akan ada yang guna hujjah Mat Sabu sanggup gadai parti demi undi atas alasan PAS bukan semata-mata parti politik tapi PAS adalah jamaah dakwah.

Aku selalu jugak dengar hujjah lemah tu. Pada aku Tahaluf Siyasi bagi untung kepada PAS dari segi dakwah melebihi keuntungan politik. Dari segi politik sebenarnya tak untung tara mana sangat pasai PAS bertanding di kerusi yang peratus pengundi melayu tinggi termasuk di pantai barat.

Walaupun macam tu keuntungan tu memang nampak jelas terutama sekali dengan kemenangan di sulung di Melaka dan pertambahan kerusi di Johor.

Untung dari segi dakwah semua orang setuju kut kalau diletakkan atas bahu Dewan Ulama'. Memang betul semua ahli PAS bertanggungjawab tapi kalau sepatutnya Dewan Ulama yang kedepan jadi kepala.

Jalan dah terbuka luas untuk para ulama' beraksi dengan berdakwah dilaluan yang dah dirintis melalui kejayaan Tahaluf Siyasi terutama sekali di peringkat akar umbi.

Kalau Dewan Ulama nampak Tahaluf Siyasi tak bagi keuntungan kepada PAS dan Islam, sebenarnya yang jadi tak untung tu pasai Dewan Ulama sendiri tak berusaha untuk bagi untung.

Pada aku sepatutnya didesak supaya Majlis Syura mengkaji usaha untuk 'mengisi' Tahaluf Siyasi supaya PAS dapat kaut keuntungan maksima, bukan saja dari segi politik tapi juga dari segi dakwah terutama sekali penglibatan Dewan Ulama sendiri dan bukannya mengkaji Tahaluf Siyasi yang memang dah terbukti bukan saja menguntungkan PAS tapi juga menguntungkan Islam
Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/09

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena