Sunday 15 September 2013

Reaksi spontan Multaqa Ulama: RAKYAT sokong Pas kerana kerjasama dalam PR - Prof Dr Agus

Ahad,15 September 2013

Fb Pesan Berpesan Sesama Kita
Multaqa Ulama tidak menepati aspirasi rakyat

Begitulah tanggapan ramai berkaitan Multaqa Ulama’ Se-Malaysia yang diadakan di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut pada beberapa hari yang lalu.
Reaksi spontan ini timbul rentetan daripada resolusi yang diputuskan pada Multaqa itu, antaranya
5- Multaqa Ulamak Se-Malaysia turut mencadangkan supaya Tahaaluf Siyaasi bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat khususnya PKR disemak semula oleh Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat melalui kuasa yang ada bagi tujuan menjaga maslahah dan membendung serta menghalang mafsadah Syar'iyyah. 


Tanpa menafikan tahap keilmuan yang ada pada ulama – ulama dan para ustaz – ustazah yang ber’multaqa’ tetapi cubaan dalam mengeluarkan resolusi di atas seperti menekan ‘gear gostan’ ketika kenderaan sudah digerak dalam kelajuan 110 km/j. Dalam hal rakyat Malaysia mengimpikan Putrajaya bertukar tampuk pemerintahan, Multaqa seperti ini memperlihatkan ‘kita dapat memerintah Terengganu jadilah’

Semua sedia maklum bahawa dengan penipuan yang dilakukan secara terang-terangan oleh SPR dan BN serta limpahan wang yang banyak di kawasan Felda, ia menyebabkan hasrat rakyat mendapatkan Malaysia Baru tidak kecapaian. Dalam hal ini mempersoalkan aspek ‘tahaluf siyasi’ sebagai penyebab kurangnya orang Melayu kurang mengundi PAS sangat tidak tepat atau mengarut.

Seharusnya Multaqa Ulama’ Semalaysia berfikiran ke hadapan dalam mengemukakan resolusi yang lebih bersifat ‘looks forward’ berbanding hanya sekadar berfikiran kuno dan senteng. Dalam mendepani isu semasa, Multaqa Ulama ini seharusnya berfikir bagaimana menangani isu TPPA yang mana merupakan bentuk Penjajahan Alaf Baru. oleh Negara Maju ke atas Negeri Membangun seperti Malaysia.

Multaqa juga sepatutnya berfikir secara kritis dalam menangani kekeliruan dalam isu Sunni – Syiah yang kini sudah bertukar kepada isu politik, dan lagi bukan isu pertembungan mazhab. Disamping itu juga Multaqa ini sepatutnya mengemukakan resolusi bagaimana untuk menghadapi kebejatan kerajaan yang sewenang-wenangnya ‘merasionalisasikan’ subsidi minyak seraya memberi kesan buruk kepada poket rakyat marhaen.

Dan yang paling mengecewakan rakyat Malaysia, dikala mereka dihimpit beban ekonomi yang melampau, Multqa Ulama’ hanya sibuk memikirkan hanya ulama’ sahaja layak diangkat menjadi Timbalan Presiden berbanding memikirkan ‘kedaulatan Malaysia’ yang bakal tergadai apabila Presiden Obama menjengah kaki di Malaysia pada Oktober nanti

Akhir kalam benarlah kata orang lama, bangsa melayu hanya sibuk bercakaran tentang kerusi politik tapi mengabaikan kerusi ekonomi yang menjadi nadi nafas rakyat marhaen. Dikhuatiri ulama hanya dianggap sekadar pandai mengajar di meja-meja kuliah tapi sebenarnya ‘kosong’ dalam memahami jerit perit semasa.

Wallahua’alam

MOHD IKHMAL BIN MOHD ISKANDAR (Ikhqoi)
BBA (Hons) Transport, UiTM
Ahli PAS Jalan Yadi Sungai Udang
Bekas Penyelidik Kajian Pengangkutan Awam Kerajaan Negeri Terengganu 2006
Penuntut Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) 1999-2000
Posted by Kedah Lanie at 10:30 PM


Rakyat sokong Pas kerana kerjasama dalam PR - Prof Dr Agus
Penganalisis politik berpendapat sokongan rakyat terhadap Pas yang ditunjukkan dalam pilihan raya bukan disebabkan parti itu tetapi kerjasama bersama perikatan PR.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, Pas tidak akan mendapat sokongan orang Melayu sepenuhnya sekiranya bergerak sendiri dan bergabung dengan parti lain.
Menurutnya, peningkatan kekuatan Pas adalah berdasarkan kerjasama yang dijalinkan bersama PKR dan DAP.

"Kumpulan Ulama Pas ini tidak sedar ialah Pas mendapat pertambahan bilangan kerusi dalam pilihan raya (PRU13) lalu bukanlah disebabkan kekuatannya bertanding sendirian, namun pakatan di antara parti itu dengan beberapa parti pembangkang yang lain.

"Sejak keluar dari BN pada 1978, politik Pas tenggelam.

"Pas cuma kembali pulih dalam persada politik negara apabila bergabung dalam Angkatan Perpaduan Ummah dalam PRU 1990, Barisan Alternatif pada tahun 1999 dan PR pada tahun 2008 dan 2013," katanya kepada Sinar harian Online, hari ini.

Semalam, resolusi Mulataqa Ulama Pas meluluskan supaya Pas melihat semula kerjasama politik bersama pakatan pembangkang serta menyarankan agar negeri-negeri yang ditadbir pembangkang memberi ruang munasabah kepada ulama haraki Pas.
Posted by Jeebond BLM at 8:44 pm

Alhamdulillah..Kita Bangga Inilah Suara2 Mewakili Kita Mempertahankan Serta Memperjuangkan Islam Yang Tulen Dalam Parlimen.
Photo: Alhamdulillah..Kita Bangga Inilah Suara2 Mewakili Kita Mempertahankan Serta Memperjuangkan Islam Yang Tulen Dalam Parlimen.
Eik!!! Gitu Pulak?
Photo
Fb Jom berdoa untuk kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena