Saturday 28 September 2013

Bil Elektrik berwajah baharu mulai 1 Oktober, Smart & Kebiruan!...Tok Sah Doq Konar-konar Cakap la nak penaik BIL LETRIK..

Sabtu, 28 September 2013
Kenyataan yang tercatat dalam bil 
"Subsidi Bahan Api Dibiayai Kerajaan Persekutuan"... Apa ke bendanya?
wajah baru bil elektrik tnb

TNB perkenal bil baharu mulai 1 Oktober

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memperkenal bil elektrik berwajah baharu kepada pengguna di seluruh Semenanjung dengan penambahbaikan reka bentuk dan maklumat, mulai 1 Oktober.

Menurut kenyataan TNB hari ini, langkah itu dibuat susulan tempoh percubaan selama sembilan bulan melibatkan 2.6 juta pelanggan.

Antara pembaharuan yang dilaksanakan ialah kaedah kiraan bil lebih mudah difahami, keterangan lebih jelas mengenai kiraan bil dan reka bentuk bil yang menepati kehendak pelanggan.

"TNB bekerjasama dengan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) untuk bil baru itu selain mengambil kira pandangan dan perspektif pengguna," menurut syarikat utiliti itu.

Bil berwajah baru itu melibatkan 7.8 juta pelanggan daripada kategori pelanggan kuasa biasa iaitu kediaman, perdagangan, perindustrian dan lampu jalan. - Bernama/Posted by Kedah Lanie at 9:00 PM

Wajah Terkini Bil Elektrik TNB
TNB

Bil elektrik TNB dah berwajah baru rupanya sekarang ni. Pergi check peti surat tadi ada kertas warna biru yang maklumkan tentang wajah terkini bil elektrik.

Aku boleh tak cam bil elektrik dalam peti surat sebab design dah baru dan bercampur pulak dengan kertas-kertas promosi benda yang bukan-bukan. Nyaris-nyaris nak tergumpal dan buang sekali dengan bil. Siapa la yang rajin ‘spam’ peti surat aku

Kalau aku terbuang bil eletrik boleh blackout rumah aku sebab tak bayar bil. Aku biasa rujuk bil bila nak bayar. Takde bil memang aku tak ingat langsung. Dah la kadang-kadang bil tak sampai kat rumah. Tau-tau bil lepas tu ada tunggakan. Banyak pulak tu..

Tengok bil elektrik wajah baru ni nampak lebih smart berbanding yang lama. Cuma sampai sekarang aku masih tak faham dengan kenyataan yang terdapat dalam bil – “Subsidi Bahan Api Dibiayai Kerajaan Persekutuan“.

Bil elektrik wajah baru ni sedang dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Artikel asal - http://anarm.net/wajah-terkini-bil-elektrik-tnb

"Terima Kasih" kat Melayu yang Memangkah UmNO-BN 
Photo: Mandat buat rakyat. kan Pakatan Rakyat yang terbaik. Diringankan dengan kebaikan dan dimudahkan dengan kebajikan.
Kelab Protes Barang Naik (Protes BN)
Barang Naik Harga lagi !

"Terima kasih" kepada orang-orang Melayu di kampung, pinggir bandar, di hutan ladang kepala sawit, getah, yang masih kurang maklumat penyelewengan, ketidakcekapan pengurusan kerajaan pimpinan UmNo-BN selama ni pastnya akan terus setia mengundi UmNo-BN dan menang di Pusat.  

Sebagai penghargaan kat rakyat yang mengundi UmNO-BN, kerajaan hari ini yang diterajui oleh UmNO-Barisan Nasional telah senang hati menaikkan lagi kos hidup rakyat 1 Malaysia. 

Terkini, tong gas masak yang dlunya berharga sekitar RM28 telah naik harga kepada RM30 minggu ini.

Dan, minyak petrol RON 97 telah naik dari RM2.70 kepada RM2.90. RON95? Tunggu la sikit lagi naik juga la, dalam kajian la kot! haha

Yeah, you people who voted for BN were brilliant. Not. You lots must be really that stupid and arguably arrogants. Fact ! 
Hanz Newman

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena