Saturday, 21 September 2013

Perkasa kata jangan bagi melayu marah & Jawab Mat Sabu Apa Nak Takut...

Ahad, 23 September 2013
Gambar Ini Pemimpin UMNO Dan MCA Tak Suka Lihat
gigitankerengga.blogspot.com
Mat Sabu: Apa nak takut dengan abu mayat Chin Peng?
Orang ramai yang hadir di upacara pengebumian Chin Peng di Bangkok membaca potongan surat khabar tentang bekas ketua Parti Komunis Malaya itu. - Gambar Reuters, 21 September, 2013.
Orang ramai yang hadir di upacara pengebumian Chin Peng di Bangkok membaca potongan surat khabar tentang bekas ketua Parti Komunis Malaya itu. - Gambar Reuters, 21 September, 2013.


Mohamad Sabu tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan menghalang abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia kerana katanya, tiada apa yang perlu ditakutkan dengan abu mayat pemimpin komunis itu.

Timbalan Presiden PAS itu berkata, Islam sendiri tidak pernah menghalang mayat musuh agama untuk dijauhkan daripada tempat suci dan keadaan seumpama turut berlaku di Mekah.
Chin Peng Editorial


“Mengapa kita hendak takut dengan abu mayat ini? Kubur Abu Jahal, Abu Lahab masih ada di sekitar Mekah. Tidak ada masalah sebenarnya,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider merujuk kepada penentang  Nabi Muhammad pada zaman awal Islam.

“Kubur Firaun pun masih ada di Mesir. Tidak jadi masalah pun, dekat pula dengan Universiti  Al-Azhar,” katanya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Chin Peng  adalah pejuang kemerdekaan dan melawan penjajah British sebelum Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957.

“Dia menentang dan membunuh Sir Henry Gurney yang membawa orang Yahudi masuk ke Palestin.

“Selepas 31 Ogos 1957, saya tidak berani komen kerana Malaya sudah Merdeka,” katanya.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor dalam temuramah bersama BFM radio semalam memberi amaran Malaysia akan menjadi bahan ketawa jika kerajaan tidak berganjak daripada keputusan `naif’ dengan enggan membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke dalam negara untuk ditanam.

Menurutnya, tindakan itu juga akan menyebabkan bekas pemimpin komunis itu bertukar menjadi ikon dan ia adalah langkah terkebelakang dalam cubaan kerajaan untuk memenangi semula sokongan masyarakat Cina berikutan prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke 13 (PRU13) lalu.

“Masyarakat heboh mengenai abunya tidak dibenarkan dibawa masuk ke Malaysia. Pertelingkahan ini berlanjutan keterlaluan. Saya fikir ia sedikit naïf.”

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata, kerajaan tidak akan menarik diri daripada pendiriannya untuk menghalang abu mayat Ching Peng dibawa balik dan mencabar mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu untuk mengambil tindakan undang-undang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata semua pintu masuk ke dalam negara berada dalam keadaan berjaga-jaga, kerana kerajaan bimbang abunya dibawa masuk.

Semalam, parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA juga melahirkan pendapat mayat Chin Peng patut dibenarkan pulang ke sini untuk kali terakhir.

Pengerusi biro publisiti MCA Datuk Heng Seai Kie berkata, mayat pengganas Dr Azahari Husin dan Nordin Mohamad Top dibenarkan untuk dikebumikan di Malaysia.

Kumpulan hak Melayu, Perkasa, bagaimanapun, memberi amaran kepada MCA supaya parti itu jangan menimbulkan kemarahan orang Melayu dengan mendesak Putrajaya membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa balik ke sini.

Setiausaha agungnya, Syed Hassan Syed Ali, berkata ramai orang Melayu dan Cina mati di tangan komunis yang diketuai Chin Peng ketika pemberontakan.

Chin Peng atau nama sebenarnya, Ong Boon Hua, meninggal dunia di hospital di Bangkok, Thailand pada Hari Malaysia, sebulan sebelum hari lahirnya yang ke-89.

Ketika hayatnya, beliau berulang kali menyuarakan hasratnya untuk dikebumikan di kampungnya di Sitiawan, Perak.

Beliau dilantik sebagai setiausaha agung PKM pada usia 23 tahun dan menjadi “musuh nombor satu” British di Asia Tenggara ketika pemberontakan komunis di Malaya. – 21 September, 2013./TMI


Isu Chin Peng: MCA jangan bagi orang Melayu marah, kata Perkasa
Sanak saudara menangisi kematian Chin Peng berhampiran dengan potraitnya di Bangkok, Thailand. - Gambar oleh Reuters, 20 September, 2013.
Sanak saudara menangisi kematian Chin Peng berhampiran dengan potraitnya di Bangkok, Thailand. - Gambar oleh Reuters, 20 September, 2013.

Gesaan parti komponen Cina dalam Barisan Nasional (BN), MCA yang mahu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia ditolak oleh Persatuan Pribumi Kebangsaan Malaysia (Perkasa).
Setiausaha agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata kebanyakan pejuang negara yang terbunuh mempertahankan negara adalah dibunuh oleh pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) yang dipimpin Chin Peng.

"Jangan bagi orang Melayu marah. Kebanyakan yang terbunuh adalah orang Melayu, tidak kurang juga kaum Cina.

"MCA sibuk sangat nak bawa balik abu mayat Chin Peng tu, kenapa? Hormati perasaan orang hidup.

Sementara itu, Pengerusi Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata biarkan abu mayat Chin Peng terbang ke udara sambil meminta jangan diingat lagi pengganas komunis berkenaan.

“Baik kita bincang masalah orang hidup. Dia dah mati. Abu mayatnya biar dibuang di udara,” katanya.

MCA hari ini dalam satu kenyataan medianya masih berkeras meminta mayat Chin Peng disemadikan di Malaysia.

Pengerusi Biro Publisiti MCA Datuk Heng Seai Kie berkata tiada undang-undang dalam negara ini yang melarang seseorang menghembuskan nafas terakhirnya atau disemadikan di Malaysia..

Beliau memberi contoh Dr Azahari Husin dan Nordin Mohamad Top dibenar jasadnya dibawa pulang ke Malaysia untuk dikeumikan di Jasin dan Pontian.

Dr Azahari dan Nordin bertanggungjawab dalam insiden pengeboman di Indonesia di antara tahun 2002 dan 2005.

“Lahir dan dibesarkan di Malaysia, Chin Peng ada hak untuk disemadikan di sini. Setelah semuanya berlalu, apa kemudaratan yang abunya berikan kepada negara?” tanya Heng yang mahu hasrat ketua komunis itu disemadikan di kampung halamannya tercapai.

“Kerajaan BN tidak perlu memberi publisiti buruk dengan membuat keputusan berdasarkan kaum,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. - 20 September, 2013./TMI

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena