Thursday 26 September 2013

YB ROBOCOP kalah pemilihan parti di kawasan sendiri kerana keras kepala?

Jumaat, 27 September 2013
Ketua Pemuda PAS kalah pemilihan parti di kawasan sendiri
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
SEPTEMBER 26, 2013
Yb. Robocop siap ke Parlimen untuk melaksanakan sebahagian amanah perjuangan
Photo: Yb. Robocop siap ke Parlimen untuk melaksanakan sebahagian amanah perjuangan.
Nasrudin Hassan Ya laa naik motor jer dari Pejabat PAS Jalan Raja Laut ke Parlimen. Pertama jimat kos dan kedua elak jem
Fb Nasrudin Hassan

Suhaimi Saad berjaya menewaskan pencabarnya Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hasan (gambar) dalam perebutan jawatan Naib Yang di-Pertua Indera Mahkota pada pertengahan bulan ini.
Menurut laporan Astro Awani, Nasrudin yang memperoleh 60 undi di peringkat kawasan itu tewas kepada Suhaimi yang memperoleh lebih daripada 100 undi namun pendedahan ini tidak disahkan beliau yang masih belum mengetahui jumlah sebenar undi tersebut.

“Saya sebolehnya tidak mahu mengulas perkara ini kerana isu pemilihan PAS masih menjadi perbualan hangat.
“Kekalahan Nasrudin dalam pemilihan di peringkat kawasan kali bukanlah kerana unsur sabotaj tetapi pewakilan mahu Ahli Parlimen Temerloh itu lebih menyerlah di peringkat pemilihan PAS pusat,” kata Suhaimi ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Sementara itu, seorang penganalisis politik yang tidak mahu namanya didedahkan lega apabila dimaklumkan kekalahan Nasrudin di peringkat kawasan itu.
Katanya, kekalahan Nasrudin yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat itu adalah akibat sikap keras kepala dan tidak boleh ditegur pemimpin berkenaan.

“Saya setuju dengan kekalahannya. Ini membuktikan golongan profesional mempunyai peluang yang luas untuk memenangi pemilihan PAS di peringkat pusat.
“Ini pengajaran buat beliau dalam arena politik. Kena sekalu bersederhana. Jangan anggap lebai, baik dan syumul tidak boleh ditegur.
“Ulama’ bukan maksum dan mereka perlu berdepan realiti,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Photo: - Admin - Menziarahi Keluarga tahanan Ops Bubar di Penjara Tapah dan menghulurkan sedikit sumbangan tanda sokongan moral dan spiritual. Mudah - mudahan mereka thabat mendepani ujian ini.
Nasrudin Hassan Menziarahi Keluarga tahanan Ops Bubar di Penjara Tapah dan menghulurkan sedikit sumbangan tanda sokongan moral dan spiritual. Mudah - mudahan mereka thabat mendepani ujian ini.

Photo: KP menziarahi maqam Al Marhum Dato' Fadhil Noor. Al Faatihah buat pejuang Islam ini.
Nasrudin Hassan menziarahi maqam Al Marhum Dato' Fadhil Noor. Al Faatihah buat pejuang Islam ini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena