Wednesday 18 September 2013

Amy Search Bangkrap? Kini Amy bersama Umno.....ada aku kisah?

Rabu, 18 September 2013
Allah melarang kita untuk menjadi sombong:
“Janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.” [Al Israa’ 37]

“Janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia karena sombong dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” [Luqman 18]
Amy Search Tolak Janji Syurga Nik Aziz!!!
Penggempur Mutiara
Syukur alhamdulillah setelah sekian lama berkecimpung dalam dunia seni akhir Amy Search sedar maksud sebenar lagu yang dipopularkan kumpulan itu, ISI DAN KULIT. Sebelum ini ahlul bahlol dalam PAS berasa bangga dan angkuh yang kononya Amy Search telah menyerah borang keahlian sebagai ahli PAS. Nik Aziz yang kononya menitiskan air mata tatkala mendengar kesyahduan suara lagenda itu. 

Tetapi ternyata Amy adalah seorang yang waras dengan masih mempercayai Allah untuk menjaminnya SYURGA. Bukan dengan masuk ahli PAS. Syukur kerana suatu ketika dahulu Amy kelihatan begitu rapat dengan Niz Aziz. Tetapi beliau berjaya keluar dari dakyah politik yang melacurkan agama demi kuasa. Amy berjaya, Bob Lokman terus dalam dunia khayal syurga jaminan PAS itu.
Amy Search, Mus May, Jamal Abdilah, Ibnu Reza sertai UMNO kerana mereka sayangkan negara mereka. Mereka tak sanggup agama, bangsa dan negara mereka dilacurkan!
Kredit : Suara Lensa/Dicatat oleh Sebuah Perjuangan/ NIBONG TEBAL WARRIORS
Janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong...
Notis pengisytiharan muflis Amy Search,
 12 September 2013
Di atas, kami menerima satu salinan dokumen rasmi mahkamah yang di’dakwa sebagai notis pengisytiharan muflis Amy Search.

Jika perkara ini benar, kami berharap Amy Search ada rancangan sendiri untuk menyelesaikan hutang di atas kerana pastinya sulit untuk beliau melakukan urusan kewangan di masa hadapan jika perkara ini berlarutan. Hmm.

Kami sebelum ini ada juga dengar khabar angin mengatakan rocker popular ini mengalami masalah kewangan tetapi tidak mengambil peduli sangat kerana mana mungkin penyanyi yang sudah lama bertapak dalam dunia seni mempunyai masalah duit.

Dengan status lagenda rock yang beliau pegang, Amy Search pastinya tidak akan menghadapi masalah besar untuk menyelesaikan hutang peribadi. Namun, khabar yang sampai kepada kami mengatakan beliau menghadapi masalah untuk selesaikan hutang perniagaan.

Lebih tepat, Amy Search telah gagal untuk selesaikan satu hutang enam angka yang berkaitan dengan sebuah konsert jelajah kumpulan Search sekitar 2009 yang lalu dan perkara ini telah pun dibawa ke mahkamah sehingga beliau di’isytiharkan muflis.
Oleh RotiKaya Staff pada 17 September 2013, 8:09AM
Ini Jawapan Abang Amy Search.. Jom Terjah!!!
Dakwaaan Amy Search Muflis


“Tak, tak,” ujar Amy sebelum segera meletakkan panggilan telefon ketika ditanya mengenai khabar bahawa dia  sudah diisytihar muflis.

Khabar itu ternyata mengejutkan ramai apabila sebelum ini, dua penyanyi- Aweera dan Farah Diana Anuar turut dikatakan muflis, namun Farah sehingga kini masih belum memberi sebarang penjelasan.

Perkara tersebut didedahkan oleh sebuah portal hiburan yang difahamkan mendapat salinan surat pengisytiharan muflis penyanyi berusia 55 tahun itu.

Apatah lagi, ia turut dilengkapi nama penuh Amy iaitu Suhaimi A Rahman, bersama nombor kad pengenalannya.

Menurut beberapa sumber, vokalis kumpulan Search itu dipercayai gagal untuk menyelesaikan sejumlah hutang yang dipinjamnya bagi menjayakan konsert jelajah kumpulan Search sekitar 2009.

Justeru, perkara tersebut telah dibawa ke mahkamah dan keputusan yang dikeluarkan telah menyebabkan Amy muflis. Namun sejauh mana kebenaran berita ini, hanya dapat disahkan oleh Amy sendiri.


Menerusi petikan laman forum Cari dan Rotikaya, Amy Search didakwa telah gagal untuk selesaikan satu hutang enam angka yang berkaitan dengan sebuah konsert jelajah kumpulan Search sekitar 2009 yang lalu dan perkara ini telah pun dibawa ke mahkamah sehingga beliau di’isytiharkan muflis.
Gambar Bukti Amy Search Muflis Bankrup
SEDAKASEJAHTERA.COM

AMY SEARCH MENUTUP KEDAI MAKANNYA KERANA KECEWA
Penyanyi lagenda rock tanah air, Amy Search meluahkan rasa kesal dan kecewanya apabila terpaksa menutup Restoran Cheng Ho miliknya di Wangsa Maju baru-baru ini.

Menurut laporan Kosmo, restoran yang terkenal dengan masakan ala Cina yang sudah beroperasi selama empat tahun itu terpaksa ditutup kerana mempunyai pelbagai masalah.
Posted by Shalehudin 
Restoran Cheng Ho jadi saksi 4 tahun lalu bersama Nik Aziz....kini Amy bersama Umno.....ada aku kisah?





Kira 4 tahun yang lalu Tuan Guru Nik Aziz ada meluangkan masa merasmikan satu kedai buku di salah satu pasaraya di Wangsa Maju.

Selepas itu Tuan Guru Nik Aziz dan rombongan meluangkan masa makan tengahari di Restoran Cheng Ho umilik penyanyi Amy (Search).

Semalam Amy berada di PWTC dalam majlis penyerahan borang keahlian parti Umno bersama vokalis kumpulan May, Mustaffa Din dan Ibnor Riza.

4 tahun lalu Amy pernah berkata: ""Saya meminati tok guru dengan imej dan personaliti beliau sebagai seorang tokoh agama serta pemimpin yang hebat, kenapa harus takut dengan label-label yang berbau politik".

Semalam Amy berkata, "Tiada siapa boleh menentukan parti mana yang mahu saya sokong. Jadi, saya tidak peduli dengan kritikan mana-mana pihak dengan keputusan ini,” katanya kepada mStar Online.".

al-brangionline: Ada aku kisah......ka ka ka.
Posted by al-brangi Online at 2:05 PM/WEDNESDAY, MAY 30, 2012

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena